abjad Arab.
Author Archives: admin
alifatik
(Kimia) berkenaan sebatian organik yang molekulnya terdiri daripada atom-atom karbon yang tersusun lurus atau bercabang.
alif II
[Arab] sahabat, teman.
alif I
1. huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu);
2. huruf pertama abjad Jawi;
tahun ~ tahun yang pertama daripada daur kecil atau windu;
~ gantung = ~ kecil alif untuk pengganti tanda tasydid;
~ saksi alif yang menyaksikan huruf a;
tegak seperti ~ tegak lurus;
berbilang dari esa, mengaji dari ~ (peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaknya dari permulaan (menurut peraturan).
alibi
bukti atau keterangan (bahawa seseorang yang dituduh itu) berada di tempat lain ketika berlaku sesuatu perbuatan jenayah:
ketika dituduh, ia tidak mempunyai ~.
alias
1. disebut juga, sama dengan (digunakan pada nama seseorang yang mempunyai lebih daripada satu nama):
Kasim ~ Hasyim bin Samad;
2. (Komputer) nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dalam sistem komputer.
ali-ali
humban tali, tali pelontar batu;
anak ~ = batu ~ batu yang dilontarkan dengan ali-ali;
membuang ~ melontar batu dengan ali-ali;
mengali-ali membuang batu dengan menggunakan ali-ali.
ali II
gula ~ gulali, sejenis penganan.
ali I
[Arab] tinggi;
mengali memperlihatkan diri untuk menarik perhatian.
ali baba
cara perusahaan yang memakai nama Melayu atau kelihatan saja dimiliki atau diuruskan oleh orang Melayu tetapi sebenarnya kepunyaan (diselenggarakan oleh) orang Cina atau bangsa asing yang lain:
yang mendapat keuntungan ialah orang asing melalui cara ~;
mengalibabakan menjual hak-hak yang khas bagi orang Melayu kepada orang Cina atau bangsa asing yang lain:
ada orang Melayu yang ~ hak-hak mereka.