berkenaan makanan yang terlibat dengan penghadaman dan penghadamannya:
salur ~.
Author Archives: admin
alimbubu
[Minangkabau] pusaran angin.
alim II
sejenis damar yang dipakai untuk ubat.
alim I
1. mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam di samping memiliki sifat warak, zuhud, dan takwa:
meminta petunjuk dan nasihat mengenai hukum agama daripada orang yang ~;
~ ulama pakar-pakar agama Islam;
2. patuh kepada ajaran agama (Islam) serta rajin beribadat, soleh:
ayahnya seorang yang ~;
3. [bahasa percakapan] sangat baik sifat dan akhlaknya (seperti orang alim):
nampaknya ~, rupanya orang bangsat;
~-~ kucing pura-pura alim;
kealiman
1. perihal (sifat) mengetahui dengan mendalam mengenai agama, perihal sungguh berpengetahuan (tentang agama);
2. kepatuhan kepada ajaran agama (Islam) serta kesungguhan beribadat, kesolehan;
3. [bahasa percakapan] kebaikan tingkah laku (sifat dan akhlak).
alik
berulang-~ berbolak-balik, pulang balik:
kerjanya berulang-~ saja antara Kuala Lumpur dan Singapura;
ulang-alik.
al-ijarah
konsep perbankan Islam yang merujuk kepada persetujuan bahawa bank sebagai pemilik aset, memajakkan aset berkenaan kepada pelanggan untuk suatu tempoh tertentu, dengan bayaran sewa yang dipersetujui antara kedua-dua belah pihak.
alih-alih
dengan tidak disangka-sangka, tetapi:
katanya ia sakit, ~ saya berjumpa dengannya di pasar.
alih bahasa
pertukaran daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, penterjemahan;
mengalihbahasakan menterjemahkan.
alih
pindah, tukar, ubah;
~ kata = ~ kecek tukar percakapan (mempercakapkan yang lain);
beralih
1. bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, pergi (ke tempat lain):
dia ~ dari situ apabila orang itu berjalan menghampirinya;
2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dan lain-lain yang lain):
dari Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur;
pusat kuasa politik ~ dari Yedo ke ibu kota purba Kyoto;
3. bertukar (ke hala, tumpuan, tajuk atau perkara dan lain-lain yang lain):
pandangannya ~ kepada laki-laki itu;
perbualan mereka ~ ke perkara lain pula;
4. berganti, bertukar, berubah;
angin ~ angin berganti (bertukar) arah;
zaman ~ musim bertukar keadaan selalu berubah, tidak ada yang tetap (segala sesuatu hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman);
~ akal berubah pendapat (fikiran);
~ angin berkunjung (pergi) ke tempat lain untuk meluaskan pandangan atau pengalaman dan sebagainya;
~ haluan berganti (bertukar) haluan;
~ hari menjadi petang;
~ musim berganti musim (mis dari musim kering ke musim hujan dan lain-lain);
~ rumah berpindah rumah;
timur ~ sebelah barat (peribahasa) laki-laki menurut perintah perempuan;
mengalih
1. = mengalihkan mengubahkan duduk (letak dan sebagainya) sesuatu, memindahkan:
ia ~ baldinya yang kelimpahan air;
~ haluan menuju ke barat pula;
~ pandangan;
2. mengganti, mengubah, menukar:
si Ali ~ percakapan ke perkara lain pula;
mereka ~ usaha mereka kepada aspek lain, iaitu al-Sunah;
~ bentuk mengubah bentuk;
~ kerja menukar kerja;
~ nama mengganti nama;
~ sila berpindah duduk;
~ kain ke balik rumah, ~ kata berhadapan = ~ kain payah juga ke ceruk, ~ cakap di mata-mata sahaja (peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang hendak membalikkan perkataannya;
peralihan perihal beralih atau bertukar (daripada satu pucuk pimpinan kepada pucuk pimpinan yang lain, daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain dan sebagainya), pergantian, pertukaran (keadaan dan lain-lain);
~ kekuasaan pertukaran kekuasaan;
~ zaman pertukaran zaman (masa) dengan perubahan keadaan hidup dan lain-lain;
pengalihan perihal (perbuatan dan sebagainya) mengalihkan, pengubahan, penggantian, pemindahan (kuasa dan lain-lain).
aligator
sejenis reptilia besar yang rupanya seakan-akan buaya, biasanya boleh ditemui di tasik dan sungai di Amerika dan China.