[Arab] sejenis barang yang harum baunya (ada yang berasal dari perut ikan laut, ada dari sejenis damar);
jenis-jenisnya:
~ batu, ~ kuning, ~ ikan, ~ kesturi, ~ bunga, ~ darah.
Author Archives: admin
ambang II
mengambang, mengambang-ambang, terambang, terambang-ambang terkatung-katung atau terapung-apung (di udara), melayang-layang:
bulan mulai ~ di langit sebelah timur;
= kambang.
ambang I
1. balak (kayu) yang melintang di atas (pada pintu atau jendela), kayu palang (antara dua tiang dan lain-lain);
di ~ pintu di muka pintu:
jangan duduk di ~ pintu pada waktu senja;
2. waktu atau peringkat sejurus sebelum berlakunya atau terjadinya sesuatu, titik permulaan (sesuatu peristiwa, pengalaman, dan lain-lain):
orang Melayu sudah berada di ~ perubahan;
pertunangan menjalin ikatan dua insan yang bakal menempuh ~ perkahwinan;
sudah di ~ pintu sudah dekat sekali (saatnya, terjadinya sesuatu);
mengambang merintangi, menahan.
ambalela
[Jawa];
aksi ~ lagak hendak menentang (tetapi sebenarnya tidak melawan);
balela.
ambal IV
mengambal [Minangkabau] menambak, menimbun tanah.
ambal III
mengambal melihat dengan ekor mata, menjeling.
ambal II
berambal-ambalan berarak-arakan;
ambalan perarakan, kumpulan (orang berarak), pasukan.
ambal I
hamparan, permaidani.
ambak
[Minangkabau] tambak;
mengambak menambak, menggalang;
subur kerana dipupuk, besar kerana diambak = besar diambak, tinggi dianjung (peribahasa) [Minangkabau] besar (tinggi) kedudukan kerana dimuliakan oleh anak buah.
ambai-ambai II
sejenis ketam.