[Arab] (jamak bagi nabi) (segala) nabi, nabi-nabi:
penghulu segala ~.
Author Archives: admin
anatomi
kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh dan sebagainya hidupan (manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan), kaji bina tubuh.
anarkisme
fahaman (pendirian) bahawa segala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan, penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan:
kejujuran Moleire terhadap pembentukan masyarakat Perancis ialah dengan membetulkan fatalisme dan ~ yang terdapat dalam masyarakat.
anasir
1. zat yang empat (iaitu air, api, tanah, hawa atau angin) yang menurut pendapat ahli fikir zaman dahulu merupakan asas bagi segala-galanya di seluruh alam;
2. segala yang terdapat di dunia, makhluk;
3. bahagian daripada suatu keseluruhan, anggota dan lain-lain daripada sesuatu golongan (perkumpulan, masyarakat dan sebagainya):
masyarakat bandar telah dipengaruhi oleh ~-~ Barat;
berwaspada terhadap tindak-tanduk ~-~ jahat;
4. unsur, faktor.
anarkis
orang yang hendak mewujudkan (menimbulkan) anarki, orang yang suka menimbulkan keadaan kucar-kacir (dalam sesebuah negeri dan sebagainya).
anarki
1. keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang (ketertiban umum atau pemerintahan yang teratur):
kalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang, timbullah ~;
2. kekacauan atau porak-peranda (dalam negeri dan lain-lain).
anaptiksis
(Linguistik) penyisipan vokal di antara dua konsonan untuk menyederhanakan struktur suku kata, misalnya penyisipan vokal e dalam perkataan putra menjadi putera dan e dalam perkataan sri menjadi seri.
anani
[Arab] hanya mementingkan diri sendiri:
sifat ~ tidak sepatutnya wujud dalam kehidupan bermasyarakat, lebih-lebih lagi sesama Islam.
anang
[sastera lama] anakku.
ananas
nanas.
analogus
(Biologi) mempunyai fungsi (organ atau bahagian) yang sama tetapi berbeza asal usulnya.