hujan ~ hujan rintik-rintik.
Author Archives: admin
bunut I
= ~ paya sejenis tumbuhan (pokok), Pternandra coerulescens.
bunuh
~ diri mengambil nyawa sendiri dengan sengaja;
hukum ~ hukum mati (dengan dipancung, digantung, ditembak, dan lain-lain);
berbunuhan, berbunuh-bunuhan, bersibunuhan ark, bunuh-membunuh mati-mematikan (sesama sendiri), saling membunuh (mematikan):
pada zaman dahulu, masing-masing berperangan dan ~;
membunuh
1. mematikan, menghilangkan nyawa:
dia dituduh ~ kawannya;
2. memadamkan (api, tulisan, dan lain-lain), menghapuskan (sesuatu), melupuntukan:
sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah;
ia ~ perkataan yang telah ditulisnya;
Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli;
sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri;
3. menutup (menampal) tempat yang bocor;
terbunuh mati (akibat kemalangan, dibunuh, dan sebagainya);
bunuhan
1. (orang dan lain-lain) yang dibunuh;
2. bahagian lukah yang di belakang (di dalam sekali) tempat ikan tertangkap (terperangkap);
pembunuhan perbuatan membunuh;
pembunuh
1. orang yang membunuh;
2. alat atau sesuatu yang digunakan untuk membunuh:
ubat ~ serangga;
~ bersiri orang yang membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dalam kejadian yang berurutan.
buntut II
(kayu) ~ baung sejenis tumbuhan (pokok renek), daun sekentut, temberak hutan, Lasianthus oblongus.
buntut I
1. bahagian badan di antara belakang dan kaki, punggung:
menteri mengepalakan gajah, dan bentara di ~ gajah;
~ kapal buritan;
2. bahagian bawah sebelah luar periuk, kuali, dan lain-lain (yang menyentuh permukaan lain);
3. lanjutan (sesuatu perkara), akibat:
perkara itu belum habis lagi, ada ~nya;
berbuntut
1. mempunyai buntut:
bintang ~;
2. ada akibatnya (lanjutannya), berekoran;
berbuntut-buntut (dengan) yang satu (seorang) mengikuti di belakang yang lain, beruntun-runtun, berderet-deret:
berjalan ~;
membuntut
1. mengikutseseorang atau sesuatudari belakang;
2. [kiasan] mengikut:
Yang salahnya, kita sering ~. Tidak berfikir sendiri;
membuntuti mengikut, mengekori:
ia ~ ibunya ke mana-mana;
membuntuntukan mengarahkan punggung pada sesuatu atau seseorang:
ibu memalingkan badannya, ~ aku.
buntur
lebih daripada kenyang (makan), bosan, muak.
buntung
[Indonesia]
1. kudung (kaki, tangan, ekor, dan lain-lain);
baju (kemeja) ~ baju (kemeja) yang tidak berlengan;
2. mendapat kerugian (kemalangan dan lain-lain);
membuntungkan mengudungkan.
buntu
mati (jalan dan lain-lain), tertutup (pintu dan lain-lain), terhalang, tersekat;
fikiran ~ tidak berfikir panjang lagi;
jalan ~
a) jalan mati;
b) tidak tercapai tujuan kerana tidak ada kata sepakat;
usus ~ usus yang tersekat hujungnya;
membuntukan membuat buntu;
kebuntuan perihal (keadaan) buntu.
bunting
1. mengandung (biasanya dipakai untuk binatang), hamil:
kambing itu sudah ~;
2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar:
patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~;
~ bantang (besar) bunting yang sudah besar;
~ harimau (orang yang suka) marah-marah semasa bunting;
~ jolong mengandung untuk pertama kali;
~ kecil bunting yang masih kecil;
~ kerbau bunting yang lamanya lebih daripada sembilan bulan;
~ padi peri kecantikan betis perempuan;
~ pelamin mengandung pada bulan pertama berkahwin;
~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;
membunting menjadi (nampak) bunting:
betisnya ~ padi;
membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan :
ia telah ~ gadis itu;
membuntingkan 1. sedang mengandung (di dalam perut):
pada masa itulah makmu ~ engkau;
2. menyebabkan bunting, membuntingi:
siapa yang telah ~ kau?
buntingan kandungan;
pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak.
buntil
karung daripada kain:
sebuah ~ besar yang berisi penuh;
kopral itu meletakkan ~nya ke tanah;
terlampau duka terurah ~, terlampau suka terurah rahsia (peribahasa) apabila berdukacita, terjual barang simpanan, apabila bersukacita, terbuka rahsia;
buntilan buntil.