busung

1. gembung perut (kerana penyakit):
penyakit ~;

2. gembung kerana penuh berisi (air dan lain-lain):
buah dada gadis itu ~;
kepala ~
kepala menjadi besar kerana berisi air;

3. timbunan pasir di muara sungai, gosong;
~ air penyakit busung kerana perut berisi air;
~ darah penyakit busung kerana tidak datang bulan;
~ kencing busung kerana penyakit pada gelembung kencing;
~ muka muka bengkak (bakup);

membusung
1. menjadi busung, menggembung:
perutnya ~ akibat penyakit itu;

2. meninggi (pasir dan lain-lain), merupakan busung:
lumpur yang dibawa air sungai itu ~ di muara;
dengan dada ~
ki dengan perasaan megah (sombong);

membusungkan menggembungkan;
~ dada
a) membesarkan dada;
b) [kiasan] menyombongkan diri, membanggakan diri:
Mat Akil ~ dada;

terbusung menjadi busung;

pembusungan perihal terjadinya busung.

busuk

1. berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dan lain-lain):
bangkai yang sudah ~;
bau ~;

2. jahat, dengki, khianat;
~ budi tidak baik budi;
~-bangar = ~-lahak sangat busuk;
~ hati jahat hati;
~ kohong [Kelantan] sangat busuk;
~ mulut
a) nafas berbau tidak sedap;
b) suka memaki (memakai perkataan yang kotor-kotor);
~ tak tahu dibaunya (peribahasa) tidak insaf akan kekurangan dirinya;
mana ~ yang tiada berbau (peribahasa) tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga;
telah ~ maka dipeda (peribahasa) sudah terlambat baru dikerjakan;

membusuk menjadi busuk:
benda-benda organik yang mereput atau ~ seperti longgokan sampah;

membusukkan
1. menjadikan busuk:
cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dengan rumput atau daun-daun yang dibusukkan;

2. memburukkan (orang dan lain-lain), memfitnah, mencelakan:
dialah yang ~ nama gurunya;
tak guna ~ kawan sendiri;

kebusukan
1. perihal busuk (berbau tidak sedap):
mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ;

2. perihal busuk (hati):
dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;

pembusukan perihal membusukkan.

busu

panggilan kepada bapa saudara, emak saudara, anak dan sebagainya yang bongsu.

busi II

[Indonesia-Belanda]

1. pangkal cahaya yang berbentuk lilin pada lampu elektrik atau gas;

2. alat untuk mencetuskan api pada enjin gas.