buruh

orang yang bekerja untuk mencari makan, pekerja:
ramai orang India yang bekerja sebagai ~;
Kementerian B~;
kaum ~
golongan pekerja;
~ kasar buruh yang lebih memerlukan tenaga fizikal daripada keupayaan mental dalam pekerjaannya;
~ mahir buruh yang mempunyai kepakaran khusus yang diperoleh daripada latihan profesional dalam bidang tertentu, misalnya jurutera;
~ paksa orang yang dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yang sewajarnya;
~ separuh mahir buruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan atau latihan separuh profesional, misalnya jurukimpal;

berburuhkan mempunyai, mengupah, atau menggunakan seseorang sebagai buruh:
sektor perladangan dan binaan terpaksa ~ orang asing;

memburuh bekerja sebagai buruh:
siangnya dia ~, malamnya dia belajar bahasa Inggeris;

buruhan upah memburuh;

perburuhan
1. tenaga (usaha) buruh:
membawa masuk orang India ialah satu jalan mengadakan ~ murah;

2. perihal buruh atau memburuh:
perkara ~.

buru

buru-buru bergegas-gegas, cepat-cepat:
seorang doktor ~ dipanggil;

berburu mengejar untuk menangkap (membunuh) binatang liar:
apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;

berburu-buru
1. berkejar-kejar, berkejar beramai-ramai:
orang kampung riuh ~ pencuri yang lari itu;

2. bergesa-gesa, bergegas:
penumpang ~ naik bas;

memburu
1. mengejar atau menyusul untuk menangkap sesuatu (orang, binatang, dan lain-lain):
~ binatang;
~ pencuri;

2. meluru atau bergegas untuk mendapatkan sesuatu:
ia menanggalkan kasut terus ~ ke dalam;

3. berikhtiar sekuat tenaga untuk mencapai sesuatu:
aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba untuk mencapai kedudukan yang tinggi;
~ kekayaan (pangkat, wang)
berikhtiar mendapat kekayaan dan lain-lain;
~ selamat berikhtiar agar selamat;
~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat;

4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat:
tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi;

terburu = keburu [Jakarta]

1. (dapat) dikejar:
tak akan ~ oleh kau kereta itu;

2. [Jakarta] [kiasan] melampau sangat (menghendaki sesuatu dan lain-lain):
~ nafsu (hati);

terburu-buru dalam keadaan tergesa-gesa:
fikirkan dengan tenang, jangan ~;

buruan orang, binatang atau sesuatu yang diburu:
agama juga merupakan ~ jiwa yang berterusan; orang ~ orang yang dicari oleh polis (kerana melakukan sesuatu kejahatan);
binatang ~ binatang yang diburu;

perburuan
1. binatang yang diburu:
~ banyak di hutan ini;

2. perkakas (kelengkapan dan lain-lain) untuk berburu:
anjing ~;

3. perihal (perbuatan) berburu:
maka Seri Betara pun segeralah menitahkan Raden Aria pergi bertanyakan khabar ~;

4. tempat berburu;

pemburuan perihal (perbuatan dan sebagainya) memburu;

perburu orang yang berburu (binatang):
adapun Seri Teri Buana dengan segala laki-laki ~;
~ gajah
orang yang berburu gajah;

pemburu
1. orang yang memburu;

2. alat (kelengkapan dan lain-lain) untuk berburu;
anjing ~ anjing untuk memburu;
hantu ~ [sastera lama] hantu yang mempunyai rupa anjing;
kapal (kapal terbang) ~ kapal (kapal terbang) yang kecil dan laju untuk mengejar kapal (kapal terbang) musuh.

bursa

tempat memperjualbelikan saham dan lain-lain:
B~ Saham Kuala Lumpur;
~ komoditi tempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, seperti kelapa sawit, getah dan koko;
~ opsyen tempat memperdagangkan sama ada opsyen untuk menjual atau membeli sekuriti, instrumen kewangan, atau komoditi, misalnya Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yang terdapat di Malaysia.

burit

1. punggung, (bahagian) belakang, buntut;

2. dubur;
main ~ bersetubuh sesama lelaki;

3. [Kedah], [Perak] kemaluan perempuan;

memburit bersetubuh sesama lelaki;

buritan
1. bahagian belakang perahu (bot, kapal dan sebagainya);

2. bahagian belakang binatang seperti lipas.

burger

kepingan daging kisar (yang sudah dibubuhi rempah) yang digoreng atau dipanggang, biasanya dimakan dengan roti.