butir I

1. biji yang kecil-kecil:
~ padi;
~ beras;

2. benda yang kecil-kecil (seperti intan dan lain-lain);

3. penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat:
se~ telur;
dua ~ peluru;

4. bahagian kecil-kecil daripada sesuatu (benda, perkara, dan lain-lain):
dia seperti mata-mata gelap yang hendak mengetahui ~-~ keterangan tentang diri seseorang;
~ tanah
bongkah tanah yang kecil-kecil;
~ debit (Ekonomi) perkara yang ditulis dalam ruang kiri kira-kira perniagaan;
~ kredit (Ekonomi) perkara yang ditulis dalam ruang kanan kira-kira perniagaan;

berbutir berbentuk atau berupa butir (biji kecil-kecil): taburkan racun ~ itu sama rata ke atas pokok atau di sekeliling pangkal pokok;
tiada ~
[Kelantan] tidak terang;

berbutir-butir
1. berupa atau berbentuk banyak butir:
sagu rendang yang ~;

2. beberapa banyak butir:
dia memberikan ~ emas itu kepada orang lain;

membutirkan
1. menyatakan dengan butir-butir, menceritakan dengan teliti:
Encik Ramli ~ sebiji-sebiji pendapatnya;

2. [kiasan] menghasilkan:
empat pemain wanita turut dipilih dengan harapan dapat ~ satu lagi pingat untuk negara;
ujian itu ~ pulangan yang agak lumayan;

butiran huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dengan menyatakan hal yang kecil, perincian:
setiap aduan perlulah ada ~ fakta untuk memudahkan kerja penyiasatan itu;
mereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan;

pembutiran perihal memberi (menyebut) segala butir (tentang sesuatu keterangan).

butilena

(Kimia) sejenis gas yang tidak berwarna dan baunya menusuk hidung, yang biasanya digunakan dalam pembuatan sebatian organik, butena.

butik

kedai kecil yang biasanya menjual pakaian wanita yang terbaru fesyennya dan hiasan-hiasan badan wanita (seperti rantai leher, gelang, cincin, dan sebagainya).

butena

(Kimia) sejenis gas yang tidak berwarna dan baunya menusuk hidung, yang biasanya digunakan dalam pembuatan sebatian organik, butilena.

butbut

sejenis burung, Centropus spp., bubut;
~ besar, Centropus rectungius;
~ carik anak, Centropus sinensis.

butanol

(Kimia) sejenis alkohol tidak berwarna yang digunakan dalam pembuatan sebatian organik dan sebagai pelarut untuk lakuer, resin dan sebagainya.

butang

1. benda kecil, biasanya bulat dibuat daripada logam, plastik, dan lain-lain, digunakan untuk mengancing pakaian atau sebagai hiasan, buah baju, kancing baju (pakaian);
~ cangkuk butang yang terdiri daripada cangkuk dan penyangkutnya;
~ katup butang yang terdiri daripada dua belah dan ditutup dengan cara menekan yang satu di atas yang lain;
lubang ~ lubang yang dibuat pada pakaian untuk melekatkan (mengenakan) butang;

2. benda kecil pada alat (pesawat dan sebagainya) yang bentuknya atau rupanya seakan-akan butang pada pakaian dan ditekan untuk menghidupkan atau menggerakkan alat (pesawat dan sebagainya) yang berkenaan;

berbutang
1. mempunyai (memakai) butang (berkenaan (dengan) baju, skirt, seluar, dan sebagainya):
bajunya ~ di belakang;

2. berpasang butangnya:
dia membiarkan bajunya terbuka, tidak ~;

berbutangkan menggunakan sesuatu sebagai butang:
baju kurungnya ~ mutiara;

membutangkan
1. memasangkan butang (pada pakaian dan sebagainya dengan cara menjahitkannya);

2. memasangkan (mengenakan, melekatkan) butang (untuk mengatup):
dia ~ kotnya;

pembutangan perbuatan (cara) membutangkan.