cekak I

ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yang dibuat dengan mempertemukan ibu jari dengan jari lain:
berilah aku sirih se~;~ rambut alat daripada plastik dan sebagainya untuk mengikat atau mencekak rambut supaya kelihatan lebih kemas dan terurus;
baju ~ musang baju yang berleher tinggi;
pinggang se~ jari manis sebesar yang terpegang oleh ibu jari dan jari manis;

bercekak ~ pinggang memegang kiri kanan pinggang dengan kedua-dua belah tangan;

mencekak
1. memegang sesuatu dengan mempertemukan ibu jari dengan jari tengah (jari telunjuk atau jari-jari lain):
tukang sampan itu pun ~ dayung;

2. memegang pinggang, sama ada dengan sebelah tangan atau kedua-duanya;

3. mencengkam leher dengan kuat:
~ leher musuhnya;

4. menggunakan alat, misalnya cekak rambut untuk menolak rambut ke belakang supaya kelihatan kemas.

cekah

= bercekah merekah, pecah-pecah (berkenaan (dengan) buah-buahan, kulit, dan lain-lain);

mencekah
1. = bercekah; 2. memecahkan (dengan mengapit kedua-dua belah tangan):
~ buah manggis;

3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dan lain-lain),

cek IV

~ mek molek [Kelantan] sejenis kuih yang dibuat daripada keledek yang dilenyek, berbentuk lonjong, berisi gula pasir, dan digoreng.

cek III

1. [Kelantan] panggilan pada ayah atau emak;

2. [Pulau Pinang] saya (dipakai oleh orang yang lebih muda apabila bercakap dengan orang yang lebih tua);

3. [Kedah], [Pulau Pinang] awak, engkau, kamu (dipakai oleh orang tua apabila membahasakan orang muda atau kanak-kanak);
~ wa [Kelantan] nenek, datuk.

cek II

[bahasa percakapan] memeriksa ada tidaknya atau benar tidaknya (barang, kira-kira, dan lain-lain).

cek I

perintah bertulis kepada bank supaya membayar wang sebanyak yang dinyatakan;
~ berpalang cek yang mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek) dan hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun pihak yang dituliskan namanya pada cek yang berkenaan;
~ kembara cek yang dibeli daripada bank dan boleh ditukar di luar negara untuk mendapatkan mata wang asing;
~ kosong cek yang amaun atau penerimanya tidak dituliskan tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya;
~ lambung = ~ tendang cek yang tidak dapat dijelaskan kerana pihak yang mengeluarkannya tidak mempunyai wang yang cukup dalam akaun berkenaan;
~ luar cek yang bank pembayarnya berada di luar kawasan penjelasan bank pelanggan yang menerbitkan cek berkenaan;
~ luput cek yang sudah lepas tarikh lakunya;
~ pembawa cek yang boleh ditunaikan oleh pembawanya;
~ tempatan cek yang bank pembayarnya berada di kawasan penjelasan yang sama dengan bank pelanggan yang menerbitkan cek itu;
~ terbuka = ~ tunai cek (tidak berpalang) yang boleh ditukarkan kepada wang tunai oleh sesiapa saja yang mengemukakannya kepada bank.

ceh

[Terengganu] menyalakan api dengan menggunakan mancis:
tolong ~, aku hendak hisap rokok.

cegat II

[Jakarta];

mencegat mengadang (di jalan dan lain-lain), memegat, menahan;

pencegatan perihal (perbuatan dan sebagainya) mencegat.