cedok.
Author Archives: admin
cedok
mencedok
1. mengaut atau mengambil dengan senduk (cebok, gayung, dan lain-lain):
~ gulai dengan sudu;
2. [kiasan] mengambil atau meniru (daripada karangan, ciptaan orang lain, dan lain-lain):
ahli-ahli diminta menghantar ciptaan sendiri dengan tidak ~ karangan orang lain;
rancangan-rancangan itu dicedok daripada rancangan-rancangan yang telah lalu;
cedokan [kiasan] yang dicedok, hasil mencedok:
~ dan ikutan daripada falsafah Greek;
pencedokan perihal atau perbuatan mencedok atau meniru hasil karya (ilmu, idea dan sebagainya) pihak lain:
usaha ini mampu menyelesaikan masalah ~ ilmu dari luar;
pencedok
1. alat untuk mencedok;
2. (ERT) alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya.
ceding II
[Terengganu] melompat-lompat:
jangan ~ di atas lantai licin ini, nanti kamu jatuh.
ceding I
(berkenaan (dengan) kanak-kanak, pokok, binatang, dan lain-lain) kecil, kurus, kerdil;
~ padi tunas padi.
cedera IV
[sastera lama] cendera I.
cedera III
1. mungkir janji, tidak setia, berkhianat;
2. pembunuhan (penyerangan dan lain-lain) dengan tidak berterang-terangan (tipu daya);
mencedera, mencederakan
1. mengkhianati;
2. membunuh (menyerang dan lain-lain) dengan diam-diam (tipu daya);
kecederaan khianat, keadaan tidak setia;
pencederaan perihal (perbuatan) mencedera(kan).
cedera II
pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran;
bercedera bertelingkah, berselisih, bertengkar;
kecederaan hal atau keadaan cedera;
percederaan hal bercedera, pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran.
cedera I
1. cacat, cela (sedikit):
tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini;
2. luka (patah tulang dan sebagainya):
tiga orang telah ~ dalam kemalangan itu;
3. menderita, merana, celaka, rugi:
kena ~ [Minangkabau]
a) didatangi musuh dengan tiba-tiba, digeledah dengan tiba-tiba;
b) dianiayai (dicelakakan) orang;
c) menderita kerana pekerjaan berat dan lain-lain;
mencedera [Minangkabau] mendatangi (menggeledah) dengan tiba-tiba;
mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dan sebagainya):
mereka telah ~ beberapa orang musuh;
tercedera
1. mendapat cedera (luka, patah, dan sebagainya):
ayah Hilmi ~ dalam satu serangan;
2. [Minangkabau] merana;
kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dan sebagainya):
bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~.
cedas
[Kedah], [Kelantan]
1. cepat, cergas, segera;
2. segar, sihat.
cedak
[Pahang] sejenis tudung yang dibuat daripada mengkuang (untuk melindungi sesuatu atau seseorang daripada hujan).