cenderamata.
Author Archives: admin
cenderadurja
cenderamata.
cendera III
sejenis tumbuhan (pokok kecil), balung hijau, cendur, jarak hitam, menot, Epiprinus malayanus.
cendera II
[sastera lama] lena atau nyenyak (tidur):
maka raja pun tidurlah di ribaan Hang Jebat terlalu sangat ~nya;
= jendera.
cendera I
[sastera lama]
1. bulan;
2. dewa atau setengah dewa:
mambang dewa, ~ dan indera.
cendekiawan
orang (golongan, kaum dan sebagainya) yang cerdik pandai, orang atau golongan terpelajar, intelektual:
penulis mengharapkan teguran dan kritikan membina daripada ~ dan ilmuwan;
kecendekiawanan hal (sifat, keterampilan dan sebagainya) berhubung dengan cendekiawan:
buku tersebut memaparkan ~ pemimpin itu sebagai orang yang ada visi dan prihatin terhadap Asia.
cendekia
berakal, cerdik, pandai;
cerdik ~ cerdik pandai, terpelajar, intelektual;
kaum cerdik ~ kaum terpelajar, kaum intelek;
kecendekiaan segala sifat yang berkaitan dengan cendekia, kecerdikan:
melalui pendedahan tersebut, pelajar akan memperoleh pengalaman ~.
cendekel
cendeker (cendkr) lokek (suka mengenakan atau merugikan orang lain).
cendayam
[sastera lama] elok, cantik.
cendawan
sejenis kulat yang pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur;
jenis-jenisnya:
~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun;
bagai ~ kememeh (peribahasa) mudah sahaja menangis;
bagai ~ disesah (dibasuh) (peribahasa) pucat lesi rupanya;
bagai ~ tumbuh (peribahasa) terlalu banyak pada sesuatu masa;
di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak (peribahasa) di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan;
bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk.