sejenis kulat yang pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur;
jenis-jenisnya:
~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun;
bagai ~ kememeh (peribahasa) mudah sahaja menangis;
bagai ~ disesah (dibasuh) (peribahasa) pucat lesi rupanya;
bagai ~ tumbuh (peribahasa) terlalu banyak pada sesuatu masa;
di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak (peribahasa) di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan;
bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk.
berkongsi