membersihkan minyak (supaya tidak berbau perat).
Author Archives: admin
cenderung
1. tidak tegak, condong, senget;
2. menaruh minat (keinginan, kasih, dan sebagainya) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kepada:
ia lebih ~ membaca novel;
3. berpihak kepada, memilih pihak, menyebelahi, condong:
hakim yang adil tidak ~ kepada pihak mana pun;
4. [sastera lama] lereng bukit (jurang, tebing, dan lain-lain) yang curam:
~ yang tinggi lagi terjal;
mencenderungkan menyebabkan (menjadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pada sesuatu:
dalam artikel ini, tumpuan akan diberikan kepada peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yang ~ mereka kepada penyalahgunaan dadah;
kecenderungan kesukaan (keinginan, kemahuan), kecondongan (berkenaan (dengan) bakat, hati):
pendapat pentafsir itu bergantung pada ~nya;
kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dengan ~ kanak-kanak;
berkecenderungan menunjukkan atau mempunyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau untuk melakukan sesuatu):
sudah ada kes yang menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yang sudah biasa dengan kehidupan huru-hara itu ~ untuk mencipta fenomena serupa itu di sini.
cenderu
sejenis tumbuhan (pokok), Diplanthera bancana.
cenderawasih
1. [sastera lama] burung dewata;
2. sejenis burung yang indah warna bulunya dalam famili Paradisiaedae.
cenderasuri
[sastera lama] sejenis tumbuhan (pokok).
cenderasari
[sastera lama] sejenis burung.
cenderasa
[sastera lama] sejenis pedang yang sakti.
cenderamulia
[sastera lama] sejenis tumbuhan (pokok).
cenderamata
1. sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan, cenderadurja, cenderahati, tanda mata;
2. kekasih, buah hati.
cenderai
sejenis tumbuhan (pokok kecil), Grewia spp.;
~ hutan sejenis tumbuhan (pokok),
a) Grewia fibrocarpa;
b) = ~ paya sejenis tumbuhan (pokok), Grewia miqueliana;
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok), Grewia umbellata;
cenerah.