cengek

[Kelantan] ternaik (terangkat, terjungkit) ke atas sedikit (berkenaan (dengan) hidung, bibir, dan lain-lain).

cengang

bercengang, bersicengang hairan, kehairanan:
~ semua orang di keliling melihat mereka berkelahi;

mencengangkan menimbulkan rasa hairan, terkejut bercampur pelik (kerana melihat sesuatu kejadian yang luar biasa atau di luar dugaan dan sebagainya):
kebolehan luar biasa kanak-kanak itu ~ orang ramai;

tercengang, tercengang-cengang berasa kehairan-hairanan, terkejut bercampur pelik (sehingga mata terbuka luas dan mulut ternganga):
mereka ~ apabila seorang anggota polis menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka;

mentercengangkan menyebabkan tercengang.

cengam I

mencengam
1. menangkap dengan mulut (seperti buaya menangkap mangsanya), mencakup;

2. [bahasa kasar] makan.

cengal

= ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya keras dan elok untuk dibuat rumah dan lain-lain), Balanocarpus heimii;
~ kampung
= ~ pasir sejenis tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata.