[sastera lama] keris.
Author Archives: admin
curiah
[Minangkabau] suka berbual-bual, peramah.
curi
berinai ~ istiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja);
maling ~ bermacam-macam perbuatan mencuri;
curi-curi (dengan) diam-diam, secara rahsia:
mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing;
mencuri
1. mengambil kepunyaan orang tidak dengan kebenarannya, memaling:
kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul;
2. = mencuri-curi membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia):
ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum;
dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya;
~ hati memikat hati;
~ masa menggunakan masa bekerja untuk hal lain;
~ pandang memandang dengan cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain;
~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yang sedang berkhidmat dengan) sesebuah syarikat dan lain-lain tanpa kerelaan majikannya;
~ tulang mengelakkan pekerjaan dengan tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja);
curian barang (apa) yang dicuri, hasil mencuri;
kecurian
1. kehilangan harta benda dan lain-lain kerana kena curi, kemalingan:
~lah baginda tujuh biji peti yang berisi emas;
2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai;
pencurian perihal (perbuatan) mencuri;
pencuri orang yang mencuri, maling.
curat
ceret, muncung (cerek dan lain-lain);
mencurat memancar dengan derasnya, memancut.
curang II
= jurang.
curang I
1. tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati:
orang-orang yang munafik senantiasa berhati ~;
2. tidak setia (khianat) kepada suami (isteri, tunangan dan sebagainya) dengan menjalin hubungan cinta dan sebagainya dengan orang lain;
mencurangi
1. menipu, membohongi, mengakali;
2. berlaku tidak setia kepada (suami, isteri dan sebagainya):
dia ~ gadis itu;
kecurangan keadaan curang, ketidakjujuran:
~ pegawai itu dapat diketahui oleh Jabatan Penyiasat Kecurangan;
saya mempunyai bukti yang kukuh mengenai ~ suami saya itu.
curam
terjal, cerun, sangat menurun (hampir tegak):
tebing sungai itu sangat ~;
mencuram menjadi curam, beransur-ansur curam:
benua itu ~ dari dataran pantainya hingga ke rusuk benuanya;
curaman permukaan (tanah dan lain-lain) yang curam (seperti tebing sungai dan lain-lain), lerengan:
dia menuruni ~ bukit itu menuju ke tasik untuk mengambil air;
kecuraman keadaan curam, kecondongan.
curai
1. tercerai, terurai, tidak bersatu (berikat);
2. jelas, terang;
mencuraikan
1. menguraikan, menceraikan;
2. menerangkan, menjelaskan;
tercurai terbuka, terurai:
bungkusan itu pun ~, terlihatkan oleh Adnan isinya;
curaian huraian, penjelasan.
curah
mencurah
1. mengalir dengan deras dan banyak, mencucur:
hujan turun ~ dari langit;
2. [kiasan] datang dengan banyaknya:
tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei;
apabila harga getah naik, wang ~;
mencurah-curah
1. mengalir dengan deras, banyak dan dalam tempoh yang agak lama:
hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung;
2. [kiasan] datang dengan banyaknya dan tidak putus-putus:
mudah-mudahan ia beroleh rezeki yang ~;
mencurahi
1. mencucuri, menyirami (menyimbahi, menumpahi) dengan banyaknya:
hujan lebat ~ seluruh negeri;
2. [kiasan] memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak:
Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat;
mencurahkan
1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpahkan) dengan banyaknya;
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan (peribahasa) kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan;
2. [kiasan] mengeluarkan banyak-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dan lain-lain):
ia ~ segala perasaan dukanya kepada kakaknya;
3. [kiasan] memberikan banyak-banyak, menyumbangkan:
apakah tidak ada kewajiban bagiku untuk ikut serta ~ tenaga?
4. menumpukan, memusatkan (fikiran):
biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kepada perempuan;
tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertumpah:
bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~;
curahan
1. yang dicurahkan;
2. aliran (air) yang jatuh atau turun dengan deras, aliran mencurah:
bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yang banyak;
3. [kiasan] sesuatu yang diberikan (disumbangkan) dengan banyak dan berterusan:
setiap usaha memerlukan ~ tenaga untuk mencapai matlamatnya;
pencurahan perihal atau perbuatan mencurahkan.
cura II
[Minangkabau];
bercura ~-bura
= bercura-cura mengeluarkan kata-kata keji.