curi

berinai ~ istiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja);
maling ~ bermacam-macam perbuatan mencuri;

curi-curi (dengan) diam-diam, secara rahsia:
mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing;

mencuri
1. mengambil kepunyaan orang tidak dengan kebenarannya, memaling:
kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul;

2. = mencuri-curi membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia):
ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum;
dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya;
~
hati memikat hati;
~ masa menggunakan masa bekerja untuk hal lain;
~ pandang memandang dengan cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain;
~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yang sedang berkhidmat dengan) sesebuah syarikat dan lain-lain tanpa kerelaan majikannya;
~ tulang mengelakkan pekerjaan dengan tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja);

curian barang (apa) yang dicuri, hasil mencuri;

kecurian
1. kehilangan harta benda dan lain-lain kerana kena curi, kemalingan:
~lah baginda tujuh biji peti yang berisi emas;

2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai;

pencurian perihal (perbuatan) mencuri;

pencuri orang yang mencuri, maling.

berkongsi