mencurah
1. mengalir dengan deras dan banyak, mencucur:
hujan turun ~ dari langit;
2. [kiasan] datang dengan banyaknya:
tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei;
apabila harga getah naik, wang ~;
mencurah-curah
1. mengalir dengan deras, banyak dan dalam tempoh yang agak lama:
hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung;
2. [kiasan] datang dengan banyaknya dan tidak putus-putus:
mudah-mudahan ia beroleh rezeki yang ~;
mencurahi
1. mencucuri, menyirami (menyimbahi, menumpahi) dengan banyaknya:
hujan lebat ~ seluruh negeri;
2. [kiasan] memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak:
Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat;
mencurahkan
1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpahkan) dengan banyaknya;
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan (peribahasa) kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan;
2. [kiasan] mengeluarkan banyak-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dan lain-lain):
ia ~ segala perasaan dukanya kepada kakaknya;
3. [kiasan] memberikan banyak-banyak, menyumbangkan:
apakah tidak ada kewajiban bagiku untuk ikut serta ~ tenaga?
4. menumpukan, memusatkan (fikiran):
biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kepada perempuan;
tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertumpah:
bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~;
curahan
1. yang dicurahkan;
2. aliran (air) yang jatuh atau turun dengan deras, aliran mencurah:
bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yang banyak;
3. [kiasan] sesuatu yang diberikan (disumbangkan) dengan banyak dan berterusan:
setiap usaha memerlukan ~ tenaga untuk mencapai matlamatnya;
pencurahan perihal atau perbuatan mencurahkan.