czar

(Rusia) (gelaran bagi) maharaja Rusia atau kaisar sebelum berlaku revolusi pada tahun 1917.

cwt

[kependekan] hundredweight (unit ukuran berat yang bersamaan dengan 112 paun atau 50.8 kg di Britain, dan 100 paun atau 45.4 kg di Amerika Syarikat).

cuti

1. hari kelepasan, libur:
31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia;

2. masa yang dibenarkan untuk tidak bekerja (untuk berehat, dirawat kerana sakit, dan lain-lain), libur;
~ am hari kelepasan umum untuk seluruh negara (seperti hari raya, hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, dan lain-lain);
~ belajar cuti yang diberikan kepada seseorang pekerja untuk melanjuntukan pelajaran, sama ada dengan bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji;
~ bersalin cuti bergaji selama satu tempoh yang ditetapkan yang diberikan kepada seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak;
~ sakit cuti yang diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja;
~ tahunan sejumlah cuti rehat bergaji penuh yang berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun;
~ tanpa gaji cuti yang dibenarkan kepada seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji;
~ umum cuti am;

bercuti
1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur;

2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain), berlibur:
Pulau Pinang ialah tempat orang pergi untuk bersiar-siar sewaktu ~;

percutian cuti, perihal bercuti:
dalam ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah;
majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran;

pecuti orang yang (sedang) bercuti.

cutam

hasil pertukangan perak yang ukirannya diwarnai dengan sejenis benda hitam (rupanya seperti jadam).

cus

1. bunyi seperti bunyi angin keluar dari tiub bola (bara api disiram air dan lain-lain);

2. kata untuk menyatakan sesuatu gerakan yang deras seperti angin dan lain-lain.

curiga II

1. syak wasangka, waswas, sangsi:
mereka berasa ~ terhadap sesiapa yang membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru;

2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu);

mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kepada, mengesyaki:
kita harus ~ orang-orang yang seperti ini;
guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dalam parti politik;

curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai:
timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dengan bukan Melayu;

mencurigakan membangkitkan curiga (kurang percaya, sangsi):
adakah gerak-geri yang ~?

kecurigaan
1. perihal curiga;

2. syak wasangka:
yang menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yang banyak.