dana

1. kumpulan wang untuk sesuatu tujuan atau kegunaan:
~ untuk membantu mangsa bencana alam;

2. [sastera lama] pemberian, sedekah, derma;

3. [sastera lama] dermawan, pemurah (hati);
~ amanah harta yang dikendalikan oleh pemegang amanah;
~ asing dana amanah yang keseluruhan pelaburannya terdiri daripada syer syarikat asing;
~ bersama dana yang dikendalikan oleh sesebuah syarikat pelaburan bagi pihak pemegang saham;
~ khas dana yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu, misalnya pelaburan dan bantuan;
~ pencen dana yang ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan untuk membayar pencen kepada pekerjanya;
~ tunai simpanan atau pelaburan yang mudah ditukarkan kepada bentuk tunai;
~ tunai runcit dana yang kecil untuk membuat pelbagai pembayaran tunai yang kecil (seperti membeli surat khabar, tambang teksi, dan lain-lain);

mendanai memberikan atau menyediakan dana untuk atau kepada:
kerajaan pusat telah berhenti ~ projek yang melibatkan penggunaan tisu janin.

dan II

[bahasa percakapan] sempat;
tak ~ tidak sempat;
tak ~-mengedan tidak sempat apa-apa;
tak ~ menggesek biola menari dahulu (peribahasa) berbuat sesuatu sebelum masanya;

dan-dan serta-merta, (dengan) tidak berlengah-lengah:
apabila gurunya memanggil, ~ dia datang.

dan I

1. kata yang menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat):
saya ~ dia;
ada orang yang menyanyi ~ ada pula yang menari;
~ juga
serta;

2. selanjutnya, seterusnya (biasanya pada permulaan ayat sebagai meneruskan sesuatu yang telah diperkatakan terlebih dahulu);
~ lagi tambahan lagi.

damprat

mendamprat [Jakarta] memaki hamun, mencaci maki;

dampratan caci maki, celaan (keras).

damping III

[bahasa percakapan] (amalan) menjual barang (biasanya dengan banyaknya) dengan harga yang jauh lebih murah di negeri orang daripada di negeri sendiri, lambakan.

damping I

1. dekat:
jauh di mata, ~ di hati;

2. rapat, karib, dekat (berkenaan (dengan) hubungan persahabatan, persaudaraan, dan sebagainya):
persahabatannya itu semakin lama semakin rapat dan ~;
kerabat yang ~;

berdamping, berdampingan
1. berada dekat dengan atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat:
dia hanya ingin ~ dengan Busu;

2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu):
dia harus ~ serapat-rapatnya dengan saudaranya dalam usaha menyelesaikan masalah itu;

mendampingi
1. berada rapat dengan atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani:
apabila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya;
di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yang dicintainya itu;

2. datang atau pergi untuk berada dekat dengan atau di sisi (seseorang), menghampiri hingga berada di sisi;

3. berada di kalangan (rakyat dan lain-lain), tidak menyisihkan (mengasingkan) diri daripada, bergaul dengan:
wakil rakyat perlu ~ rakyat;

4. mendekatkan atau menghampirkan diri dengan:
mereka tidak ~ al-Quran sebagai kitab petunjuk;

mendampingkan
1. meletakkan (mendudukkan dan sebagainya) berdekatan, merapatkan:
kedua-dua pengantin itu didampingkan di atas pelamin;

2. mengeratkan hubungan:
negeri di utara masih ~ diri dengan monarki Chow;

kedampingan [arkaik] kerapatan, kekariban (perhubungan dan sebagainya), keeratan;

perdampingan perihal berdamping:
oleh sebab ~nya yang ikhlas ini, mandur besar sayang kepadanya.

pendampingan perihal mendampingi atau mendampingkan:
kelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak normal;

pendamping orang yang sering mendampingi seseorang (biasanya dapat memberikan nasihat, semangat, panduan dan sebagainya):
kedudukan wanita sebagai ~ suami;
~ bahasa orang yang turut serta dalam sesuatu perbincangan dan sebagainya untuk memberikan nasihat, panduan dan sebagainya dari segi linguistik atau kebahasaan.

dampil

berdampil (duduk) rapat-rapat hingga bersentuhan:
duduk ~;

mendampilkan meletakkan (mendudukkan) supaya rapat (bersentuhan), merapatkan (bersentuhan):
Minah ~ dirinya di sisi Osman, kekasihnya;
sampannya didampilkannya pada sebuah perahu.