[Minangkabau] tidak bercakap-cakap kerana runsing hati.
Author Archives: admin
damba II
[arkaik] mendamba merebahkan diri pada, memeluk.
damba I
terlalu ingin (hendak, mahu) akan sesuatu:
pada masa ini wanita Malaysia ~ akan hak yang sama dengan kaum lelaki;
mendambakan terlalu inginkan (hendakkan, mahukan) sesuatu:
~ perdamaian yang abadi;
perdambaan sesuatu yang diinginkan (dimahukan), keinginan, kemahuan.
damat
[bahasa percakapan] terlalu bising;
azamat, gamat I.
damas
[Kelantan], [Pahang], [Terengganu] habis wang kerana boros.
damar II
[Minangkabau] sejenis tumbuhan (pokok), buah keras, kemiri;
~ degun sejenis tumbuhan (pokok), Canarium hirsutum; ~ kijai sejenis tumbuhan (pokok), Canarium secundum;
~ laut sejenis tumbuhan (pokok), Parashorea stellata;
~ minyak sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Araucariaceae, kauri malaya, mengilau (Sabah), bindang (Sarawak), Agathis borneensis.
berdamar bermain buah keras.
damar I
1. bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok (biasanya digunakan sebagai bahan kalis air);
~ batu damar yang keras;
~ daging damar yang merah;
~ hitam damar yang hitam;
~ mata kucing damar yang gilap (berkilat) warnanya;
2. suluh dan lain-lain (terutama yang memakai damar);
3. lampu, pelita;
berdamar
1. memakai damar;
2. [kiasan] merah muka kerana marah (kena tampar dan lain-lain):
~ muka budak itu ditempeleng abangnya;
3. = mendamar mencari (mengumpul) damar;
mendamari menerangi;
pedamaran
1. tempat mencari (tempat yang banyak) damar;
2. suluh daripada damar;
pendamar orang-orang yang kerjanya mencari (mengumpul) damar:
~ telah kehilangan hutan untuk mendamar.
daman
tali kelat pada perahu.
damal
lambat (berkenaan (dengan) perahu).
damak-damak
= dedamak = ~ bulu sejenis tumbuhan (pokok), cenderai rimba, Grewia globulifera;
~ asam = ~ bulu sejenis tumbuhan (pokok), cenderai asam (hutan, paya, rimba), Grewia fibrocarpa;
~ air sejenis tumbuhan (pokok), jelawi, medang selusuh, Grewia florida;
~ bulu
a) = ~ asam sejenis tumbuhan (pokok), Grewia fibrocarpa;
b) sejenis tumbuhan (pokok), cenderai gajah, Grewia latifolia.