dedap

= ~ batik

sejenis tumbuhan (pokok), Erythrina subumbrans;
~ hutan
sejenis tumbuhan (pokok kecil), anting melayu, kekabu hutan, Erythropsis fulgens;
~ laut
sejenis tumbuhan (pokok kecil), akar sergang, baru(-baru), membaru, Hibiscus tiliaceus;
laksana bunga ~, merah ada berbau tidak
(peribahasa) orang yang rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa;

dadap II.

dedalu

1. sejenis tumbuhan (pokok), dalu-dalu;

2. semua jenis pokok menumpang;
seperti ~ api hinggap di pohon kayu;
hinggap di batang, batangnya mati, hinggap di ranting, rantingnya patah
(peribahasa) apabila orang yang jahat bercampur dengan orang yang baik-baik, akhirnya rosaklah orang yang baik-baik itu;

= dalu II.

dedak III

berdedak menaruh perasaan dendam atau sakit hati, berdendam:
memang sudah lama hati saya ~ melihat lagak lakumu dalam negeri ini.

dedak II

berdedak, mendedak bersesak-sesak, berapat-rapat (berkenaan (dengan) perahu dan lain-lain).

dedak I

kulit padi yang menjadi serbuk ketika padi ditumbuk;
bagai padi hendakkan ~, bagai laki hendakkan kendak (peribahasa) orang yang suka menolak pemberian yang baik dan lebih suka membuat pekerjaan buruk;
minta ~ kepada orang mengubik (peribahasa) minta bantuan pada orang yang tidak mampu menolong.

dedai

berdedai-dedai berjalan berduyun-duyun (berturut-turut, berbuntut-buntut, dan lain-lain) dengan tidak beraturan:
pasukan keselamatan telah menyerang hendap pengganas komunis yang ~ di kaki bukit.

dedah

mendedahkan
1. membuka (kain dan sebagainya);

2. menyebabkan atau membiarkan kelihatan (sesuatu yang seharusnya tertutup atau terselindung), membukakan (tidak bertutup), menampakkan (sesuatu yang seharusnya tidak kelihatan:
penjual makanan janganlah hendaknya ~ makanan yang dijual mereka sehingga dihinggapi lalat;
dia terpaksa ~ mukanya pada pelanggan-pelanggan di kedai itu untuk mendapatkan sesuap pagi dan sesuap petang;

3. [kiasan] membawa kepada pengetahuan umum (biasanya sesuatu keburukan atau kecurangan), membentangkan atau memaparkan (sesuatu) kepada pengetahuan umum:
menteri itu ~ beberapa hal yang selama ini tidak diketahui umum;
indeks itu juga ~ beberapa kekurangan yang sebenar;

4. menyebabkan atau menjadikan (seseorang) mengetahui atau memahami sesuatu;

terdedah
1. terbuka (berkenaan (dengan) pintu, tingkap):
pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk;

2. tidak tertutup (berkenaan (dengan) badan, makanan, dan lain-lain):
penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~;
pahanya ~;

3. berada dalam keadaan terbuka kepada (pengaruh sesuatu dan sebagainya):
pada dasarnya orang Melayu makin ~ kepada dunia luar;

keterdedahan perihal (keadaan) terdedah:
teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yang wujud dalam negeri;

dedahan
1. sesuatu yang didedahkan;

2. hasil mendedahkan;

pendedahan
1. perihal mendedahkan (memaparkan, menampakkan, memperlihatkan):
persajakan pada masa ini lebih cenderung kepada ~ perkara-perkara dan perasaan yang jelik dan tidak menyenangkan;

2. kegiatan, proses, dan sebagainya yang menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang dulunya asing kepadanya:
oleh sebab itu orang-orang Melayu yang mendapat ~ yang terendah kepada bahasa Inggeris akan tersisih daripada aktiviti politik negaranya sendiri;
kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa.

decut

bunyi seperti bunyi anak kecil menghisap botol susu;

berdecut berbunyi seperti bunyi anak kecil menghisap botol susu:
anak itu menghisap botol susunya ~-decut.