dedah

mendedahkan
1. membuka (kain dan sebagainya);

2. menyebabkan atau membiarkan kelihatan (sesuatu yang seharusnya tertutup atau terselindung), membukakan (tidak bertutup), menampakkan (sesuatu yang seharusnya tidak kelihatan:
penjual makanan janganlah hendaknya ~ makanan yang dijual mereka sehingga dihinggapi lalat;
dia terpaksa ~ mukanya pada pelanggan-pelanggan di kedai itu untuk mendapatkan sesuap pagi dan sesuap petang;

3. [kiasan] membawa kepada pengetahuan umum (biasanya sesuatu keburukan atau kecurangan), membentangkan atau memaparkan (sesuatu) kepada pengetahuan umum:
menteri itu ~ beberapa hal yang selama ini tidak diketahui umum;
indeks itu juga ~ beberapa kekurangan yang sebenar;

4. menyebabkan atau menjadikan (seseorang) mengetahui atau memahami sesuatu;

terdedah
1. terbuka (berkenaan (dengan) pintu, tingkap):
pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk;

2. tidak tertutup (berkenaan (dengan) badan, makanan, dan lain-lain):
penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~;
pahanya ~;

3. berada dalam keadaan terbuka kepada (pengaruh sesuatu dan sebagainya):
pada dasarnya orang Melayu makin ~ kepada dunia luar;

keterdedahan perihal (keadaan) terdedah:
teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yang wujud dalam negeri;

dedahan
1. sesuatu yang didedahkan;

2. hasil mendedahkan;

pendedahan
1. perihal mendedahkan (memaparkan, menampakkan, memperlihatkan):
persajakan pada masa ini lebih cenderung kepada ~ perkara-perkara dan perasaan yang jelik dan tidak menyenangkan;

2. kegiatan, proses, dan sebagainya yang menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang dulunya asing kepadanya:
oleh sebab itu orang-orang Melayu yang mendapat ~ yang terendah kepada bahasa Inggeris akan tersisih daripada aktiviti politik negaranya sendiri;
kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa.

berkongsi