decur

bunyi seperti bunyi air memancar;

mendecur
1. berbunyi seperti air memancar;

2. memancur.

decup

bunyi cup-cup seperti bunyi benda kecil yang padat jatuh ke air;

berdecup berbunyi seperti bunyi benda kecil yang padat jatuh ke air:
anak-anak ikan ~-decup menangkap kelekatu yang jatuh ke kolam itu.

decit

= decitan bunyi seperti bunyi anak burung (anak ayam, tikus, dan lain-lain);

berdecit, mendecit berbunyi seperti bunyi anak ayam (anak burung, tikus, dan lain-lain):
burung-burung yang malang itu berlompatan, sekali-sekala ~.

decap

bunyi seperti bunyi orang mengecap makanan;

berdecap-decap berbunyi seperti bunyi orang mengecap makanan;

mendecap-decap membunyikan decap (kerana hairan, pelik, dan lain-lain).