debuk

1. bunyi seperti bunyi orang meninju (menampar dengan kuat, barang jatuh ke tanah, dan lain-lain);

2. pukulan (tumbukan) yang kuat (di badan):
budak itu kena ~ di belakangnya;

berdebuk-debuk berbunyi merobok (membobok dan sebagainya):
dia pun lemas dan tempayan itu pun ~ masuk air langsung tenggelam;

= debak.

debu

1. tanah kering atau bahan lain dalam bentuk serbuk halus yang menutupi bumi, permukaan benda, atau yang berterbangan ditiup angin:
~ di tepi jalan itu berterbangan apabila kereta lalu;

2. [sastera lama] patik, hamba;
~ tuanku hamba tuanku;

berdebu ada debu, dipenuhi debu, berhabuk, terdapat (diliputi dan sebagainya) debu yang berterbangan:
jalan-jalan yang ~;

mendebu menjadi seperti debu (menjadi halus);
cakap ~ cakap (pertuturan) yang keluarnya bertalu-talu;

mendebukan menjadikan atau menyemburkan dalam bentuk debu:
oleh yang demikian, telah diciptakan alat yang boleh menyemburkan atau ~ racun kulat;

pendebu alat untuk mendebukan (racun kulat dan lain-lain).

debit

1. catatan jumlah wang yang dikeluarkan daripada akaun bank seseorang;

2. ruang kiri akaun tempat catatan wang keluar dibuat;

mendebitkan mencatatkan atau merakamkan debit, mencatatkan sesuatu butiran perakaunan di ruang kiri akaun:
jika seseorang itu berhutang kepada kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu.

debik I

bunyi seperti bunyi orang menepuk sesuatu;

mendebik menepuk, menampar;
~ mata parang (peribahasa) melawan orang yang berkuasa.

debentur

surat akuan yang dikeluarkan oleh syarikat, agensi kerajaan dan sebagainya sebagai tanda penerimaan wang yang dipinjamkan kepadanya pada kadar bunga yang tetap sehingga pinjaman itu dijelaskan.

debek

1. [Kelantan] tidak bertanduk (berkenaan (dengan) lembu, kerbau), dogol;

2. bodoh, lemah.

debat

bahas, perbahasan:
majlis ~ pada malam itu tidak jadi diadakan;

berdebat, berdebat-debatan bertukar fikiran (biasanya yang bertentangan) atau berbantahan berkenaan sesuatu perkara, berbahas:
mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan untuk ~ di muka umum;

mendebat membantah (sesuatu pendapat, pendirian, dan lain-lain) dengan mengemukakan alasan atau hujah, membahas;

mendebatkan, memperdebatkan mendebat tentang sesuatu, membahaskan, memperbantahkan:
ketika itu mereka sedang ~ hal-hal parti politik;

perdebatan pertukaran fikiran biasanya yang bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dan lain-lain) dengan masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dan sebagainya), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan:
~ mengenai perincian belanjawan Kementerian Pendidikan akan diteruskan pada hari Khamis;

pendebatan perihal (perbuatan dan sebagainya) mendebatkan atau memperdebatkan:
soalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan kerana itu ~ mengenainya masih berterusan;

pendebat orang yang berdebat (mendebat), pembahas.