[Indonesia-Belanda] pasti dan muktamad, pasti dan dapat memutuskan, dapat dipertanggungjawabkan dan layak menjadi pegangan:
pendekatan ini saya gunakan untuk memperoleh sesuatu yang ~ mengenai sastera dalam konteks tempatan dan kebangsaan.
Author Archives: admin
definisi
kenyataan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dan lain-lain, takrif:
sebahagian besar perkataan dalam kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti;
berdefinisi mempunyai definisi, bertakrif;
mendefinisikan memberikan definisi, mentakrifkan:
~ istilah;
pendefinisian perihal (perbuatan dan sebagainya) mendefinisikan, pemberian definisi, pentakrifan.
defile
[Indonesia-Belanda] perbarisan (perarakan) tentera;
berdefile berbaris (berkenaan (dengan) tentera).
defensif
bersikap mempertahankan pandangan (hak dan lain-lain):
dia bersikap ~ terhadap warisannya.
defendan
orang atau pihak yang didakwa atau dituntut dalam mahkamah undang-undang:
mahkamah boleh melaksanakan budi bicaranya dan memerintahkan pihak ~ supaya memberikan maklumat yang diminta oleh plaintif;
mahkamah membebaskan semua ~.
Deepavali
hari perayaan bagi penganut agama Hindu.
deejay
[bahasa percakapan] DJ.
dedulang
sejenis tumbuhan (pokok renek);
= dulang IV.
deduktif
berkenaan kesimpulan (rumusan) yang dibuat berdasarkan deduksi:
keutamaan mestilah diberikan pada pendekatan ~ secara betul dan cekap.
deduksi
1. kesimpulan atau rumusan yang dibuat daripada maklumat atau fakta yang ada;
2. perihal (perbuatan, kaedah, dan sebagainya) membuat kesimpulan dengan berdasarkan maklumat atau fakta yang ada;
mendeduksikan
1. membuat kesimpulan (penemuan dan lain-lain) daripada keadaan yang umum kepada yang khusus:
pengujian ini dilakukan dengan ~ penemuan itu daripada hipotesis tersebut;
2. merumuskan fakta (kaedah) berdasarkan maklumat yang ada.