degil

bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu:
budak itu memang ~, makin dilarang makin lagi dibuatnya;

berdegil berkeras hati (tidak mahu berganjak daripada pendirian dan sebagainya), enggan menurut perintah (suruhan, tegahan, dan lain-lain):
anak itu tetap ~ mengatakan bukan dia yang mencuri;

kedegilan perihal (sifat, sikap, dan sebagainya) berdegil, ketegaran, kekerasan hati:
kerana ~ merekalah maka mereka menjadi mangsa kemalangan bom itu;

pendegil orang yang degil sifatnya:
suaminya itu seorang yang sombong lagi ~.

degar

bunyi seperti bunyi orang memukul kayu (memecah pintu dan lain-lain);
~-~ merapati =~-~ perapatkan (peribahasa) perselisihan (dalam hal keluarga, suami isteri) yang tidak merenggangkan tetapi mengeratkan lagi perhubungan;

berdegar-degar
1. berbunyi degar beberapa kali;

2. [kiasan] besar dan bersemangat (berkenaan (dengan) percakapan seseorang):
cakapnya dengan kita selalu berdentum ~;
cakap ~, tahi sangkut di gelegar
(peribahasa) cakap sahaja yang besar tetapi tidak ada apa yang dikerjakan.

degap II

[arkaik] berdegap segak, tegap:
kedua-dua pemuda yang menaiki motosikal itu sama-sama ~ badannya.

degap I

bunyi seperti bunyi orang menghentakkan kaki ketika berjalan (bunyi degupan jantung dan lain-lain):
sambil mendukung kedua-dua adiknya, ~ -~ dia naik ke rumah;
~-degup
bunyi degap berulang kali;

degap-degap degap-degup;

berdegap-degap berbunyi degap-degap:
melihat peristiwa yang mengerikan itu, ~ hatinya;

= degup.

degam

bunyi seperti bunyi meriam (guruh, pintu ditutup dengan kuat dan lain-lain);

berdegam, mendegam berbunyi seperti bunyi meriam (guruh, pintu ditutup dengan kuat, dan lain-lain):
sesudah dia masuk, pintu bilik itu pun ~ ditiup angin.

deflasi

penurunan aktiviti ekonomi yang menyebabkan penurunan tingkat output, guna tenaga, pelaburan, perdagangan, keuntungan dan harga lebih rendah.

defisit

kekurangan hasil pendapatan berbanding dengan perbelanjaan yang diperlukan (berkenaan (dengan) anggaran belanjawan dan sebagainya).