desar

bunyi seperti bunyi bara atau besi panas kena air, bunyi seperti bunyi hujan lari di atas atap;

berdesar, mendesar
1. berbunyi desar;

2. [kiasan] ngeri, tersirap darah, marah:
~ darah saya melihat gelagat pemuda yang kurang sopan di tepi jalan itu.

desak II

bunyi seperti bunyi kertas direnyuk-renyukkan, keresek-keresek;

berdesak, mendesak berbunyi seperti bunyi kertas direnyuk-renyukkan.

desak I

berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit):
orang ~ ketika hendak masuk stadium untuk menonton bola sepak;

berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dan lain-lain):
seorang perempuan muda pengsan terbaring kerana ~;

mendesak
1. menolak (menyorong, mendorong) dengan badan, mengasak:
pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dari belakang hendak cepat;

2. mengasak (menghimpit, menghambat) hingga mundur (undur, lemah, dan lain-lain):
tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah;

3. meminta (menuntut) dengan sungguh-sungguh:
kerajaan pusat telah didesak supaya membanyakkan lagi biasiswa untuk pelajar-pelajar Melayu;

4. (berkenaan (dengan) sesuatu hal, keadaan, perkara) yang memaksa, (berkenaan (dengan) sesuatu hal) yang penting sekali:
soal yang sangat ~ dalam penyamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah;

5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat):
waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas;

6. menghasut, mengacum:
tentulah ada orang yang ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku;

7. mendorong, mempengaruhi, memberangsang:
dengan sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil…;

mendesakkan meminta dengan paksa, menuntut dengan sungguh-sungguh:
orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja;

terdesak
1. tertekan, terdorong:
raksa di dalam salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah daripada paras raksa yang berada di sebelah luar salur;

2. terasak, terhimpit:
ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yang menjerit kerana ~;

3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit:
kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras;

4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi:
dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa;

5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak:
bukan kerana apa, melainkan kerana ~;

6. didesak;

desakan
1. tekanan (tolakan) yang kuat:
pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dari luar;

2. permintaan (tuntutan) yang keras (seolah-olah memaksa):
dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini;

3. dorongan (hajat, kasad) yang sungguh-sungguh:
~ untuk mencari adikku yang lari itu telah surut kembali;

keterdesakan keadaan (perihal) terdesak):
~ boleh membawa kesan dalam proses membuat keputusan;

pendesakan perihal atau perbuatan mendesak atau mendesakkan;

pendesak orang yang mendesak (meminta sesuatu dengan sungguh-sungguh):
golongan ~.

desah

bunyi seperti bunyi benda digosok (air hujan yang jatuh ke daun-daunan, nafas orang sakit lelah, dan lain-lain);

berdesah berbunyi seperti benda digosok dan lain-lain;

mendesah
1. berdesah;

2. melahirkan rasa marah (tidak puas hati dan sebagainya) disertai dengan desah;

desahan bunyi mendesah:
~ roda-rodanya kian menokok kesayuan hati yang pergi dan yang tinggal.

desa

1. kampung (di luar kota atau bandar), dusun, udik, daerah pedalaman (kawasan hulu atau pelosok negeri):
sudah lama dia berhajat hendak pulang ke ~, tetapi masa belum terluang baginya untuk berbuat demikian;
guru ~
[Indonesia] guru sekolah kampung (rakyat);
sekolah ~ [Indonesia] sekolah kampung (rakyat);

2. [sastera lama] daerah, kawasan, tempat:
tandang ~ pergi ke merata-rata tempat;

mendesa [sastera lama] melalui (merentasi) desa:
jikalau kita berjalan menurut pesisir ini, sebulan lamanya, dan jikalau berjalan ~, dua puluh hari;

kedesaan seperti orang desa (sifatnya, orangnya);

pedesaan kawasan desa:
kawasan kampus tetap UKM adalah hutan dara berbukit-bukit seluas 1096 hektar dan terletak di ~ Bangi;

derup

bunyi seperti bunyi derap (orang berjalan dengan langkah yang serentak dan lain-lain).