unit ukuran yang digunakan untuk menunjukkan keamatan bunyi.
Author Archives: admin
desi
– (dsi) awalan asing satu persepuluh, misalnya desigram dan desimeter.
desertir
[Indonesia-Belanda] orang yang lari daripada perkhidmatan tentera (memihak kepada musuh).
desert
[bahasa percakapan] pembasuh mulut, pencuci mulut.
desersi
[Indonesia-Belanda]
1. lari daripada perkhidmatan tentera;
2. pembelotan, perihal memihak kepada musuh.
desentralisasi
perihal memberi kuasa yang lebih kepada kerajaan negeri (daerah) yang bersekutu oleh kerajaan pusat, pengagihan kuasa pusat.
desawan
orang yang tinggal (menetap) di desa:
Usop ialah ~ yang menyara hidupnya sendiri sama ada ke laut atau ke ladang.
desau
bunyi seperti bunyi ombak memecah di pantai (hujan lebat menimpa daun-daun dan lain-lain);
berdesau, mendesau berbunyi seperti bunyi ombak memecah di pantai dan lain-lain.
desas-desus
1. suara orang berbisik-bisik:
dari lorong yang gelap itu terdengar ~ dua orang berbisik-bisik;
2. khabar angin, cakap-cakap orang (yang belum sah):
kedua-duanya sudah sepasang, sejodoh, demikian ~ orang;
mendesas-desuskan menyebar-nyebarkan berita (khabar) angin, membisik-bisikkan, mendesas-desaskan:
sekali-kali tidak pernah aku mengumpat-umpat mereka seperti yang didesas-desaskan itu; desus.
desas
bunyi seperti bunyi orang berjalan kaki (di tempat yang berpasir):
~ kaki makin dekat, tentu ada orang datang;
berdesas berbunyi seperti bunyi orang berjalan kaki di tempat yang berpasir:
kami pun pergi berjalan kaki, dan bunyinya yang ~ jelas terdengar dalam keadaan yang sunyi senyap itu;
mendesas-desaskan mendesas-desuskan.