desak I

berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit):
orang ~ ketika hendak masuk stadium untuk menonton bola sepak;

berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dan lain-lain):
seorang perempuan muda pengsan terbaring kerana ~;

mendesak
1. menolak (menyorong, mendorong) dengan badan, mengasak:
pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dari belakang hendak cepat;

2. mengasak (menghimpit, menghambat) hingga mundur (undur, lemah, dan lain-lain):
tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah;

3. meminta (menuntut) dengan sungguh-sungguh:
kerajaan pusat telah didesak supaya membanyakkan lagi biasiswa untuk pelajar-pelajar Melayu;

4. (berkenaan (dengan) sesuatu hal, keadaan, perkara) yang memaksa, (berkenaan (dengan) sesuatu hal) yang penting sekali:
soal yang sangat ~ dalam penyamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah;

5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat):
waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas;

6. menghasut, mengacum:
tentulah ada orang yang ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku;

7. mendorong, mempengaruhi, memberangsang:
dengan sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil…;

mendesakkan meminta dengan paksa, menuntut dengan sungguh-sungguh:
orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja;

terdesak
1. tertekan, terdorong:
raksa di dalam salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah daripada paras raksa yang berada di sebelah luar salur;

2. terasak, terhimpit:
ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yang menjerit kerana ~;

3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit:
kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras;

4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi:
dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa;

5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak:
bukan kerana apa, melainkan kerana ~;

6. didesak;

desakan
1. tekanan (tolakan) yang kuat:
pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dari luar;

2. permintaan (tuntutan) yang keras (seolah-olah memaksa):
dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini;

3. dorongan (hajat, kasad) yang sungguh-sungguh:
~ untuk mencari adikku yang lari itu telah surut kembali;

keterdesakan keadaan (perihal) terdesak):
~ boleh membawa kesan dalam proses membuat keputusan;

pendesakan perihal atau perbuatan mendesak atau mendesakkan;

pendesak orang yang mendesak (meminta sesuatu dengan sungguh-sungguh):
golongan ~.

berkongsi