lapisan kulit di bawah epidermis yang terdiri daripada tisu penghubung, salur darah, dan lemak.
Author Archives: admin
dermawan
1. orang yang suka menderma (pemurah hati);
2. suka atau selalu menderma (bersedekah):
seseorang raja yang gagah berani, limpah murah lagi ~ akan dikasihi rakyat;
kedermawanan perihal dermawan, kemurahan (keikhlasan) hati, ketulusan (kebaikan) hati sesama manusia.
dermatologi
cabang perubatan yang berkaitan dengan kulit dan segala penyakit yang berkaitan dengannya.
dermatitis
(Perubatan) radang pada kulit yang dicirikan dengan kulit yang kemerah-merahan dan mengelupas.
dermasiswa
wang bantuan untuk pelajar-pelajar (universiti) yang tidak mampu (lebih rendah daripada biasiswa).
derman
[arkaik] [Jawa] banyak (anak, faedah, untung, dan lain-lain).
dermaga
1. tembok batu sebagai penahan ombak (di pelabuhan);
2. binaan yang diperbuat daripada kayu atau batu tempat kapal berlabuh untuk memuatkan atau menurunkan barang-barang muatan.
derma
bantuan yang berupa wang (kpada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas, sedekah (kpada orang miskin dan lain-lain):
pertunjukan amal itu ialah untuk memungut ~ bagi membantu mangsa banjir;
~ bakti bantuan yang dihulurkan demi sesuatu tujuan kebajikan;
~ kilat derma yang dipungut dengan serta-merta untuk sesuatu bantuan kecemasan;
berderma, menderma memberi derma:
Wan Intan telah ~ tenaganya merawat orang-orang sakit;
mendermakan memberikan sesuatu dengan ikhlas:
dia telah ~ sebahagian daripada gajinya untuk anak-anak yatim;
pendermaan perihal atau perbuatan mendermakan:
surat itu mengesahkan ~ yang telah diterima oleh pihak perkumpulan itu;
penderma orang yang menderma.
derji
[sastera lama] tukang jahit.
derjat
= darjat.