[Jawa];
mendulang menyuapkan makanan kepada anak-anak.
Cari Maksud Perkataan Secara Online
[Jawa];
mendulang menyuapkan makanan kepada anak-anak.
[Minangkabau];
mendulang membumbung berkepul-kepul (asap dan lain-lain).
1. sejenis talam daripada kayu (kadang-kadang berkaki):
pada dicecah dengan kuku, biar terletak di atas ~;
2. talam;
~ alas talam untuk pengalas makanan dan lain-lain;
~ pelanda talam pelimbang emas (bijih dan lain-lain);
bagai ~ dengan tudung saji (peribahasa) sesuatu yang berpadanan (seperti suami isteri yang sama elok parasnya dan lain-lain);
lain ~ lain kaki, lain orang lain hati (peribahasa) tiap-tiap orang berbeza kesukaannya;
mengata ~ paku serpih, mengata orang awak (aku) yang lebih (peribahasa) mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk daripada yang dicela;
berdulang mempunyai (beralaskan) dulang, bertalam:
hidangan itu dibawa ke dalam tanpa ~;
berdulang-dulang beberapa banyak dulang (berserta lauk-pauk di dalamnya):
sekawah nasi dan ~ lauk musnah dalam banjir kilat itu;
mendulang melanda (melimbang) emas atau bijih dengan dulang:
banyak orang yang didapati ~ bijih di anak-anak sungai dalam kawasan hutan simpan;
pendulangan perbuatan mendulang, pelimbangan;
pendulang
1. dulang untuk melanda (melimbang);
2. orang yang kerjanya mendulang (emas, bijih, dan sebagainya).
[Jawa] [arkaik] rumput.
~ anak sejenis tumbuhan (pokok), amin buah, rami buah, turi hutan, Phyllantus niruri.
kain ~ kain penggendong atau pengambin (anak dan lain-lain);
berdukung duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang:
anak monyet berpegang teguh dan ~ pada ibunya ke mana sahaja ibunya pergi;
mendukung
1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pada pinggang (atau di belakang) atau dengan menyokong punggung kanak-kanak itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya:
perempuan itu ~ anaknya;
2. menggendong:
dia memasukkan barang-barang itu ke dalam kain dan ~nya;
3. [kiasan] memikul atau menyokong dan berusaha dan sebagainya untuk menjayakan (memperkukuh, menegakkan, dan sebagainya):
bahawasanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
mereka tidak teragak-agak lagi untuk ~ cita-cita mendaulatkan Bahasa Kebangsaan;
dalam konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka;
4. membantu bersama-sama, menyokong:
parti yang memerintah didukung oleh majoriti rakyat;
5. mengemukakan atau menyampaikan (maksud dan sebagainya):
pemilihan kata-kata dalam cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya;
~ biawak hidup (peribahasa) perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yang naka;
didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan (peribahasa) menolong orang yang tidak kena pada tempatnya;
dukungan
1. sesuatu yang didukung:
maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan;
2. keadaan didukung:
anaknya yang keempat dalam ~ dan anaknya yang kelima dalam kandungan;
3. tempat mendukung (seperti pada pinggang, belakang, di atas tangan, dan sebagainya):
anaknya tertidur di atas ~nya;
4. sokongan, pertolongan, bantuan:
kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yang kuat daripada pihak Bangsa-Bangsa Bersatu;
pendukungan
1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dan sebagainya);
2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya):
dalam semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia;
pendukung
1. orang yang mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dan sebagainya);
2. orang yang mendukung (menggendong), penggendong, pembawa;
3. sesuatu yang digunakan untuk mendukung (menggendong), penggendong, pembawa:
Bujang Selamat pun menghadap Uli Emak si Anjing memohonkan kain ~ tepak;
4. orang (persatuan dan sebagainya) yang mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya), sesuatu yang menyokong (menjadi sumber kekukuhan dan sebagainya):
persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan untuk mewujudkan satu generasi muda yang berdedikasi dan berhemah tinggi;
5. orang yang mendukung (memperjuangkan) sesuatu fahaman:
~ faham liberal mendapat sambutan yang kuat daripada rakyat yang cinta kebebasan;
6. sesuatu yang mendukung (akan menyampaikan), penyampai, pengemuka:
susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sebagai ~ rasa pencipta.
orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan sebagainya), bomoh, pawang;
~ beranak bidan;
berdukun
1. berubat dengan (cara) dukun, berbomoh, berpawang:
bukan sedikit orang yang ~ dengannya;
2. bekerja sebagai dukun, berbomoh, berpawang:
sekarang tidak banyak lagi orang yang ~;
mendukuni mengubati dengan cara berdukun:
banyak juga orang yang sakit berat setelah didukuni oleh puteri itu menjadi baik;
perdukunan yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun:
di rantau sebelah sini, gejala dan kegiatan perbomohan atau ~ sudah menjadi rempah dalam kehidupan.
kampung kecil yang terpencil, dusun;
pendukuhan kelompok dukuh, perkampungan kecil.
[bahasa percakapan] = menduku mengetuk kepala dengan buku jari, meluku, menyekeh:
dia ~ kepala adiknya kerana tidak tahu mengeja.
sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya seperti langsat tetapi kulitnya lebih tebal), Lansium domesticum;
~ langsat buah daripada pokok hasil cantuman pokok duku dan langsat.