duniawi

keduniaan:
ahli-ahli siasah dan pemimpin negara memberikan corak hidup ~ yang tertentu kepada kita;

keduniawian
1. bersifat dunia, mengenai sesuatu yang tidak kekal;

2. perihal terlalu mementingkan keduniaan (kebendaan dan sebagainya).

dunia

1. bumi dan segala yang terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki):
lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yang terkaya di ~;
itulah kekasihnya ~ dan akhirat;

2. perihal hidup, kehidupan:
~ hari ini penuh dengan penindasan dan kepura-puraan;

3. segala manusia yang hidup di bumi:
seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy;

4. bidang, lapangan, alam:
dalam ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan;

5. bahagian dunia (negara dan lain-lain), masyarakat:
~ sebelah sini masih lagi dalam keadaan huru-hara;
~ barat;
~ akhirat
sepanjang masa, di dunia dan di akhirat:
~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak:
~ luar masyarakat (negeri dan lain-lain) luar:
~ ramai masyarakat ramai (umum):
~ sukan lapangan sukan;
~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit (peribahasa) bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan;
memakai ~ berganti-ganti, yang hidup sesarkan mati, dengan mati itu bernanti-nanti (peribahasa) baka yang turun-temurun tidak akan putus;

sedunia yang mengenai (melibatkan) negeri-negeri di seluruh dunia:
pameran dagangan ~;

berdunia
1. hidup atau berada di dunia;

2. bersuka-suka di dunia, sangat berusaha mencari harta dunia:
kebanyakan mereka yang ~ itu habis harta benda mereka tergadai;

3. [kiasan] bergaul, bercampur, berkawan, bersahabat:
dia asyik berkurung di dalam bilik, tidak ~ langsung dengan orang;

keduniaan
1. perihal dunia, kehidupan di dunia:
dia manusia biasa yang mempunyai perhitungan sendiri mengenai kemanusiaan dan ~;

2. harta benda dunia, kesenangan hidup di dunia:
banyak orang yang khayal dengan ~ semata-mata.

dungun

sejenis tumbuhan (pokok), Heritiera littoralis;
~ paya
sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Juglandaceae, paar, teraling, Engelhardtia spp. (terutama E. serrata dan E. spicata).

dungu

tongong, bebal, bodoh, tolol, dongok;

mendungukan menjadikan dungu, membodohkan, membebalkan;

kedunguan perihal dungu, kebodohan, kebebalan, ketololan.

dungari

1. sejenis kain kapas yang kasar, digunakan terutamanya untuk membuat pakaian lasak dan sebagainya:
seluar ~;

2. pakaian yang terdiri daripada seluar dan kain penutup dada yang bertali dua dari bahagian atasnya hingga ke belakang pinggang seluar:
gaun bercorak dan ~ denim nampak kemas, sesuai untuk si comel manis.