[Indonesia-Belanda] rangkap dua, dua sekali (surat dan lain-lain), dwilipat.
Author Archives: admin
duplikat
[Indonesia-Belanda] salinan surat dan lain-lain.
duplikasi
pertindanan pelaksanaan tugas dan sebagainya:
ini boleh menyebabkan berlaku ~ di beberapa kementerian dari segi fungsi dan bidang kuasa;
menduplikasikan
1. membuat salinan atau lembaran kedua;
2. menyebabkan berlaku pertindihan tugas (kerja dan lain-lain) yang dilaksanakan oleh orang (agensi dan sebagainya) tertentu: keseragaman asas desa belum lagi ~ keseragaman asas kota.
dupleks
1. (berkenaan (dengan) rumah) berangkai dua, berkembar;
2. (berkenaan (dengan) pangsapuri dan sebagainya) mempunyai dua tingkat bagi setiap unit;
3. (Komputer) (berkenaan (dengan) sistem) mempunyai dua set unsur berguna yang dapat digunakan serentak atau secara sokongan;
~ penuh (Komputer) kemampuan menghantar dan menerima data melalui talian komunikasi secara serentak dan dua hala melalui dua saluran yang berasingan.
dupak
mendupak menyepak, menendang.
dupa
kemenyan (setanggi dan sebagainya) yang harum baunya apabila dibakar;
mendupai membakar dupa;
pedupaan, pendupaan, perdupaan tempat membakar (menyimpan) dupa:
kemudian Sutan Balun pun meminta ~.
dup
[Indonesia-Belanda];
didup disiram dengan air suci dalam agama Kristian, dibaptiskan.
duopoli
(Ekonomi) pasaran satu komoditi atau perkhidmatan yang dikuasai oleh dua penjual, pembekal, atau pengeluar sahaja.
duodenum
bahagian pangkal usus kecil, terletak di antara perut dan jejunum (tali perut).
duniawiah
[arkaik] keduniaan.