duit

1. wang:
kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu;
berapa ~
berapa harganya;

2. [Kedah], [Perak], [Pulau Pinang] sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan):
lima belas ~ lima belas sen;

3. wang tembaga zaman penjajahan;

4. = ~ syiling wang yang dibuat daripada kepingan logam (seperti tembaga, perak, dan sebagainya);
~ ayam
a) duit bergambar ayam (pada zaman penjajahan);
b) wang yang dibayar oleh seseorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu hal;
~ curai = ~ kecil = ~ pecah duit syiling yang nilainya kurang daripada satu ringgit;
~ kocek wang yang dibawa ke mana-mana untuk dibelanjakan apabila diperlukan;
~ kopi
a) wang yang diberikan kepada pemilik rumah (kedai dan lain-lain) yang akan disewa rumahnya (kedainya dan lain-lain);
b) = ~ rokok = ~ teh wang yang diberikan kepada seseorang untuk memastikan mendapat sesuatu yang diminta, wang suap (sogok);
~ (wang) luar pendapatan yang diperoleh hasil daripada membuat kerja luar;
~ padang yuran permainan (di sekolah-sekolah dan lain-lain);
~ poket wang sekadar perbelanjaan diri sendiri;
~ raya duit yang diberi, terutamanya kepada kanak-kanak pada hari raya;
~ syiling wang yang dibuat daripada kepingan logam;

berduit
1. mempunyai duit, berwang:
ayah saya tidak ~ hendak menghantar saya belajar di sekolah tinggi;
menjual berduit-duit
menjual beruncit-runcit;

2. [kiasan] mempunyai banyak wang, kaya:
orang ~, mewah hidupnya;

duitan mata ~ (orang yang) hanya memikirkan tentang wang, tamak akan wang:
perempuan yang mata ~.

duha

[Arab] = waktu ~ waktu pagi sehingga menjelang tengah hari;
sembahyang ~ sembahyang sunat dalam waktu duha.

dugong

sejenis mamalia laut yang rupanya seakan-akan paus kecil dan mempunyai kaki sirip, Dugong dugon, (babi) duyung.

dugas

mendugas berjalan dengan gopoh-gapah:
apabila didengar anaknya menjerit, baginda pun ~ naik.

dugang

= tali ~ tali penahan (tiang penyokong) pokok supaya jangan rebah;

mendugang menahan dengan tali (menyokong dengan tiang) supaya jangan rebah (tumbang).

dugal III

[Sabah], [kata seru] gastritis:
pengidap ~ dinasihati supaya selalu minum air dan dilarang berlapar.

duga I

1. = batu ~ pengukur dalamnya laut (sungai dan lain-lain) daripada batu atau timah yang bertali;
tali ~ tali pengukur dalamnya sungai (laut dan lain-lain);

2. agak, sangka, teka:
bayaran yang saya terima itu lebih besar jumlahnya daripada yang saya ~;

menduga
1. mengukur dalamnya laut (sungai dan lain-lain), mengajuk:
laut yang dalam boleh diduga;

2. mengagak, meneka, meramalkan, menyangka:
dari tadi dia ~ yang perkara itu akan berlaku;

3. menguji, mencuba, mengukur, hendak mengetahui:
kami akan menghadapi peperiksaan penggal dua yang diadakan untuk ~ kedudukan pelajaran kami;

terduga
1. telah diduga, boleh (dapat) diduga;

2. tersangka, terhitung, terjangka:
lantikan Encik Ahmad sebagai Yang Dipertua persatuan itu memang tidak ~ sama sekali;

dugaan
1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan:
sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku;

2. cubaan, ujian:
hanya beberapa orang sahaja yang lulus ~ kelayakan untuk jawatan tersebut;

3. hasil daripada menduga;
~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dan sebagainya yang berlaku untuk menguji keimanan atau kesabaran seseorang;
~ hidup ki kejadian yang sukar yang terpaksa dihadapi dengan tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup;
~ syaitan ujian yang berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yang tidak baik (seperti melakukan rasuah, pecah amanah, dan lain-lain);

pendugaan perihal atau perbuatan menduga (mengajuk), pengajukan;

penduga alat (perkakas) untuk menduga (mengajuk);
batu ~ batu duga.