(Biologi) saluran dalam tubuh yang mengalirkan cecair dan sebagainya:
~ air mata.
Author Archives: admin
dukat
[sastera lama] wang emas atau perak.
dukana
tinggi nafsu, kuat syahwat, gasang, gangsang.
dukan
[arkaik] kedai, bangsal (tempat berjualan).
dukacita
1. duka, susah (sedih) hati:
pada wajah baginda kelihatan tanda-tanda yang menunjukkan baginda sedang dilamun ~;
2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka:
dia sangat ~ atas kematian tunangannya;
turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih;
mendukacitakan menyebabkan timbul rasa dukacita, mendukakan, menyedihkan atau menyusahkan hati:
hari itu merupakan hari yang sangat ~nya;
kemalangan yang menimpa keluarganya sungguh ~nya;
kedukacitaan perasaan dukacita atau sesuatu yang mendukacitakan, kedukaan, kesedihan, kesusahan hati.
dukacarita
[Indonesia] [arkaik] cerita (lakonan) yang sedih.
duka
(perasaan hati yang) susah atau sedih, dukacita:
jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah;
~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat;
berduka = ~ hati bersusah atau bersedih hati, berdukacita:
dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~;
dia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya;
berdukakan [sastera lama] berduka kerana (akan), bersedih (bersusah) hati kerana (akan), menderita (menahan) duka:
mana ~ negeri ditimpa kemalangan dan mana pula bersedihkan permaisuri yang sedang gering;
mendukakan menyebabkan timbul rasa duka, menyedihkan (menyusahkan hati, mendukacitakan:
sikap angkuh Ahmad terhadap orang tua itu sungguh ~ hati ibunya;
kedukaan
1. perihal (sesuatu) yang mendukakan, kesedihan, kesusahan hati, kedukacitaan:
pada pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku;
2. [arkaik] dalam perkabungan, dalam kesedihan.
duk
singkatan bagi duduk.
duit-duit II
= pokok ~ sejenis pokok keladi yang menjalar pada pokok atau ditanam di dalam pasu (sebagai hiasan) yang daunnya berbentuk hati dan berwarna hijau bercampur kuning air.
duit-duit I
burung ~ sejenis burung, burung ceketing, taitut, Vanellus indicus.