sejenis binatang laut seperti teripang tetapi lebih pendek dan lebih kurus (biasanya hidup di celah-celah atau di bawah batu, dan digunakan untuk mengubati penyakit luka dalam akibat jatuh, bersalin, dan sebagainya), Holothuria spp.;
air ~ air daripada gamat yang diawetkan;
ibu ~ gamat yang diawet atau disimpan sehingga menjadi kecut dan mengeluarkan air.
Author Archives: admin
gamat I
bising, riuh-rendah:
Dewan Rakyat ~ dengan gelak ketawa hari ini;
menggamatkan menyebabkan gamat pada telinga, membisingkan, memekakkan:
pekik sorak ~ suasana;
kegamatan keadaan gamat, kebisingan:
~ kelas reda secara mendadak.
gamang
1. takut melihat ke bawah dari tempat yang tinggi, gayat:
sungguh ~lah ketika melihat jurang yang amat dalam itu;
2. = tergamang berasa sepi:
ia ~ sepeninggalan ibunya;
penggamang orang yang lekas gamang, penggayat;
orang ~ mati jatuh, orang pendingin mati hanyut (peribahasa) [Minangkabau] orang yang takut-takut tidak akan mencapai kehendaknya.
gaman
[Jawa] [arkaik] senjata.
gamam
1. tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dan lain-lain:
dia menjadi ~;
2. = tergamam gelisah, ragu-ragu:
dia menegur dengan suara ~;
tergamam menjadi gamam, terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa, terpegun,:
dia tidak dapat membuat apa-apa kerana ~;
kegamaman dalam keadaan gamam.
gamaka
(Seni Muzik) bunga lagu dalam muzik India.
gamak
1. agak, kira, sangka:
ini tuan puteri ~nya;
tidak ~ tidak ragu-ragu;
2. sanggup, sampai hati:
sampai ~ ia menipu aku;
~-~ seperti orang menyambal (peribahasa) membuat keputusan tentang perbuatan dan lain-lain dengan diagak-agak saja;
menggamak-gamak
1. memegang-megang untuk mengagak besar (berat) sesuatu, mengagak-agak:
digamak-gamaknya benda itu lalu ia membayar harganya;
2. memegang-megang untuk mengancam, mengacu-acu (senjata dan lain-lain):
~ hulu keris;
tergamak sampai hati, sanggup, teragak:
masakan ~ ia membiarkan seorang daripada ahli keluarganya itu diseksa Jepun;
tidak ~
a) tidak teragak, tidak terkira;
b) tidak ragu-ragu, tidak teragak-agak;
c) tidak sampai hati, tidak sanggup:
barangkali Ismail tidak ~ melihat Jamilah, sepupunya itu menangis.
gama
huruf ketiga dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol Γ, γ.
gam III
bahan perekat yang diperoleh daripada damar;
bergam dilekatkan (dicantumkan, disapu dan sebagainya) dengan gam:
kertas dinding itu sudah ~;
mengegam menghalang sesuatu atau seseorang daripada bergerak, bergiat, dan sebagainya:
sesetengah artis telah digam;
mengegamkan melekatkan atau memperekatkan dengan gam.
gam II
[Kedah] tiba-tiba, dengan serta-merta.