gunung-~ bermacam-macam gunung, pergunungan.
Author Archives: admin
ganal
ganal-ganal ~ mati seolah-olah mati, seperti mati rupanya.
gamut
(Komputer) julat keseluruhan jenis warna yang boleh dipaparkan oleh paparan komputer.
gamuh
sejenis kendi (teko dan lain-lain) yang tidak bercerat.
gampar II
[Jawa];
gamparan terompah daripada kayu.
gampar I
[Jakarta];
menggampar menampar, meninju.
gampang
[Jawa] mudah;
anak ~ anak haram;
menggampangkan memudahkan, menganggap ringan;
gampangan [Jakarta] lebih mudah;
gampang-gampangan dengan cara mudah sahaja, alang-alangan, tidak dengan bersungguh-sungguh.
gamit
isyarat memanggil dengan jari:
ibarat ~ sudah berkecapi, ibarat kata sudah berjawab;
bergamit-gamitan
1. saling memberi isyarat dengan jari;
2. saling menyentuh dengan jari:
kedua-duanya ~ dan kerling-mengerling;
menggamit
1. memberi isyarat dengan jari (untuk memanggil);
2. menyentuh jari, mencuit;
~ kecapi memetik kecapi;
menggamitkan menyentuhkan jari, melambaikan (tangan) untuk memanggil dan lain-lain:
kanak-kanak itu ~ tangannya seperti meminta sesuatu;
gamit-gamitan sesuatu yang sering kali disebut-sebut orang, buah mulut orang:
menjadi ~ orang.
gamis
[Arab] kemeja:
wanita itu memakai gaun biru dengan ~ putih;
bergamis memakai gamis:
seorang lelaki yang berkopiah putih , ~, dan bercelana panjang mendekati Tipah.
gamik
[Minangkabau];
menggamik memberi isyarat (menyentuh) dengan jari;
gamit.