1. rangkaian atau rentetan saat (yang telah berlalu dan yang akan datang), masa:
secara rohaniah manusia itu bebas, bebas untuk bergerak, baik dalam ruang mahupun dalam ~;
2. ukuran masa yang tertentu, jangka masa:
dalam ~ dua jam lagi, dia akan sampai;
3. saat (masa) tertentu untuk melakukan sesuatu atau sesuatu yang telah ditetapkan, seperti sembahyang dan lain-lain:
~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~;
4. saat, kala, ketika:
pada ~ itu dia tiada di rumah;
5. masa yang memberikan kesempatan untuk (berbuat sesuatu, berehat, dan lain-lain), kesempatan, peluang, tempoh:
~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis;
6. keadaan hari dan lain-lain, suasana:
tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pada ~ malam;
W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yang digunakan sebagai asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia;
~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang;
~ perdana waktu penyiaran yang mempunyai jumlah penonton yang paling ramai, yang dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam;
~ puncak waktu lalu lintas yang paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yang paling tinggi, dan lain-lain;
~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dengan waktu di tempat lain;
~ utama waktu perdana;
habis ~ kerana bang (peribahasa) terlalu lanjut membicarakan sesuatu yang tidak perlu sehingga yang perlu tertinggal;
sewaktu dalam waktu yang sama, pada masa (ketika), semasa:
nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan;
sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu:
~ kami dapat ditangkap;
berwaktu mempunyai waktu yang tertentu, memakai waktu;
sembahyang diberi ~, janji diberi berketika (peribahasa) sesuatu pekerjaan hendaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna.