1. orang yang diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain, pengganti, sulih:
ia dihantar sebagai ~ ayahnya untuk menyelesaikan hutang-piutang itu;
2. orang yang dilantik sebagai utusan atau untuk bertindak dan sebagainya bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja, rakyat, dan lain-lain), utusan:
beliau dihantar sebagai ~ Malaysia ke persidangan B.B;
3. orang (syarikat dan lain-lain) yang menjalankan urusan perniagaan dan sebagainya untuk orang atau pihak lain, ejen:
syarikat itu telah dilantik sebagai ~ General Motors di negeri ini;
4. [Indonesia] jawatan yang kedua tingginya (di bawah jawatan yang disebuntukan berikutnya), naib, penolong, timbalan:
~ kedua;
~ presiden;
~ dagang orang yang dilantik untuk mengurus perdagangan;
~ mutlak wakil yang diberi kuasa (hak dan lain-lain) yang penuh;
~ nikah orang yang menjadi wakil pengantin dalam pernikahan;
~ (pejabat) pos pejabat pos kecil (yang biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan tidak mempunyai bangunan yang khas);
~ rakyat seseorang yang telah dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (dalam parlimen dan sebagainya), ahli parlimen, ahli majlis undangan negeri;
~ tetap orang dan lain-lain yang dilantik menjadi wakil untuk waktu yang berpanjangan;
~ tunggal wakil perdagangan yang satu-satunya (tidak ada wakil yang lain);
berwakil mempunyai (memakai) wakil, melantik (memberi kuasa dan sebagainya kepada) seseorang untuk berlaku sebagai wakil:
masalahnya, dia sendiri tidak hadir dan tidak pula ~;
berwakilkan menggunakan (melantik dan lain-lain) sebagai wakil:
pelabur-pelabur yang ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan dari Ibu Pejabat ASNB;
mewakili menjadi wakil kepada, bertindak sebagai wakil atau pengganti kepada atau bagi pihak (seseorang dan lain-lain), menyulihi:
peguam yang telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah untuk ~ orang;
mewakilkan
1. memberi kuasa kepada seseorang untuk menjadi wakil, menunjuk (melantik) seseorang lain untuk mewakili:
semua ahli mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain;
2. menyerahkan kepada orang yang dipercayai untuk diurus dan sebagainya, mempercayakan (mengamanahkan) kepada:
perahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya kepada orang di situ;
perwakilan
1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili:
soal ~ pelajar untuk duduk bersama dalam parlimen telah dibincangkan dalam mesyuarat itu;
2. beberapa orang utusan (pemerintah dan lain-lain), perutusan:
menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang untuk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonominomi Asia Tenggara;
3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil-wakil:
dewan (majlis) ~ rakyat;
4. wakil (pejabat yang mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta:
ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi duta-duta atau ~ negerinya di negeri itu;
5. wakil (pejabat yang mewakili) perdagangan:
majalah ini dapat dibeli melalui ~nya.