= simpulan ikatan pada tali (benang dan lain-lain);
tersenyum ~ tersenyum sedikit;
~ anjing berhimpit = ~ pengail ikatan untuk menyambung dua tali yang licin;
~ belit ikatan untuk mengikatkan tali pada batang;
~ buku sila simpul untuk mengikat bungkusan;
~ bunga geti simpul untuk menghubungkan dua tali;
~ hidup sejenis simpul yang mudah diurai;
~ kerusi simpul untuk menurunkan orang dari tempat yang tinggi;
~ manuk simpul untuk mengikatkan tali pada balak;
~ mati ikatan yang susah diurai;
~ pulih simpul untuk memendekkan tali (mudah diurai);
~ sentak sejenis simpul yang mudah diurai (dengan menyentak);
~ tindih kasih simpul untuk membuat tanjul;
menyimpul
1. mengikat (hingga menjadi simpul):
~ tali kasut;
2. merupakan simpul;
senyum ~ di bibir tersenyum;
3. [kiasan] memberi pendapat secara ringkas (dari apa yang telah dibicarakan), menggulung:
ketika ~ pendapatnya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza daripada keadaannya sekarang;
menyimpulkan
1. mengikatkan sesuatu sehingga menjadi simpul (supaya tidak terurai), menyimpul;
2. membentangkan (pendapat dan sebagainya) dengan ringkas (daripada apa yang telah dibicarakan), memberikan inti atau isi perbincangan (daripada apa yang telah dibincangkan) dengan ringkas, mengikhtisarkan:
kita mengkaji catatan penulis-penulis semasa dan cuba ~nya;
3. [kiasan] memuat, mengandungi:
perkataan yang penuh ~ apa yang terasa dalam hatinya;
tersimpul
1. telah disimpulkan (tali, benang, dan lain-lain);
2. [kiasan] terdapat atau termuat (dalam), terkandung di dalam:
puas rasa hatinya mencurahkan segala yang ~ di dalam hatinya selama ini;
3. [kiasan] terjalin, terikat:
pertunangan mereka telah ~ juga pada hari itu;
lalu ~lah semacam persahabatan antara kami;
simpulan sesuatu yang disimpulkan, ikatan, simpul:
buat satu ~ di hujung sehelai benang;
~ bahasa ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya (seperti kaki ayam dan lain-lain);
kesimpulan
1. ringkasan dari apa yang telah dibicarakan dan lain-lain, inti atau isi dari keseluruhannya (karangan, syarahan, dan lain-lain), kesudahan pendapat, ikhtisar:
boleh pula disuruh kanak-kanak membuat satu-satu ~ dari bacaannya;
2. keputusan:
mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara;
penyimpulan proses menggulung pendapat.