senak

1. berasa sesak dalam perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk dan lain-lain):
dia mempercepat langkahnya sehingga terasa ~ pula perutnya;

2. berasa sesak dada (kerana susah bernafas dan lain-lain);

3. [kiasan] berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dan lain-lain);

4. tergenang dan menjadi penuh (air);

menyenakkan
1. menjadikan senak (perut, dada, dan lain-lain), menyesakkan:
waktu malam, minumlah yang saya perbanyak, sehingga ~ perut;
bau ikan bakar ~ hidungnya;

2. [kiasan] mendatangkan rasa senak (pada fikiran, perasaan, dan sebagainya):
timbullah rasa hiba ~ dadanya;

tersenak
1. = tersenak-senak tersesak (hingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata dan sebagainya), tersedu-sedu:
maka ia pun menangislah dengan teramat sangat tersenak-senak dan teresak-esak sehingga bercucuran air matanya;

2. = ~ hati berasa penuh hiba, terharu;

3. tersekat, tergenang dan menjadi penuh (air dan lain-lain):
lehernya ~ hendak menangis;

kesenakan, kesenak-senakan menderita senak (perut, dada, perasaan, dan lain-lain).

berkongsi