sastera

1. bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab (bukan bahasa basahan);

2. = kesusasteraan hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu;
ahli ~ (orang yang) pakar dalam hal kesusasteraan;
seni ~ seni karang-mengarang (prosa, puisi, dan lain-lain);

3. [arkaik] kitab suci Hindu;

4. [sastera lama] kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yang mengandungi ramalan (perhitungan dan lain-lain);

5. [sastera lama] tulisan, huruf;
~ bandingan kajian dan huraian tentang pertalian antara pelbagai sastera dari berbagai-bagai negara dan bangsa;
~ hiburan bentuk sastera yang bertujuan memberikan keseronokan atau hiburan, misalnya yang bertemakan percintaan dan sebagainya;
~ lisan sastera rakyat;
~ rakyat sastera yang berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui pertuturan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain, misalnya mitos, lagenda dan mantera. sasterawan
1. orang yang menghasilkan karya sastera (seperti prosa dan puisi), ahli sastera, pengarang, pujangga:
Asas 50 merupakan sebuah gerakan ~ yang progresif;

2. orang yang cerdik pandai, cendekiawan:
memanggil segala ahli nujum dan ~;

kesasterawanan hal (sifat dan sebagainya) yang berkaitan dengan sasterawan:
pengarang harus memiliki keterampilan ~ yang menguasai teknik penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan.

berkongsi