sandiwara

1. pertunjukan cerita yang dilakonkan oleh orang, pementasan cerita, setambul, tonil:
mereka bersetuju untuk mengadakan ~ pada Hari Ibu Bapa nanti;
bintang ~;

2. sesuatu kejadian yang tidak sungguh-sungguh (untuk mengabui mata sahaja dan lain-lain);

bersandiwara
1. bermain sandiwara:
dia pandai ~, lakonannya memberi kesan pada penonton;

2. berbuat sesuatu dengan tidak sungguh-sungguh (untuk mengabui mata dan lain-lain):
ia selalu memancing-mancing dulu reaksi, selalu ~ dulu, selalu berputar-putar dulu, berbohong dulu;

menyandiwarakan
1. melakonkan sandiwara, mementaskan:
cerita itu pernah disandiwarakan di radio;

2. mengarang cerita sandiwara daripada cerita biasa;

3. [kiasan] memainkan, mempermainkan;

persandiwaraan bidang, hal, dan lain-lain yang berkaitan dengan sandiwara:
zaman sebelum perang adalah dianggap sebagai zaman pembaharuan atau pengenalan pengaruh Barat dalam ~ Indonesia.

berkongsi