1. tiba (di):
tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau;
2. mencapai tujuan (maksud, niat, dan lain-lain):
maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam;
apa lagi yang kaufikirkan? Maksudmu telah ~;
3. sehingga menjadi:
mengapa mak ~ begini melarat;
4. mencapai had, cukup:
gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya;
5. hingga ke, sehingga:
~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi;
~ ajal meninggal;
~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil;
~ bulan(nya)
a) tiba waktu untuk melahirkan (anak dalam kandungan);
b) cukup tempoh (yang telah ditetapkan);
~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu;
~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yang telah dijanjikan);
~ umur
a) sudah dewasa;
b) sudah lanjut umur;
sudah ~ umurnya meninggal;
nan dimaksudkan, ~, nan diamalkan pecah (peribahasa) sudah berlaku apa-apa yang dimaksudkan atau yang dicita-citakan;
sesampai, sesampainya sebaik sahaja sampai, apabila sampai, setibanya:
~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang bertengkar di belakang;
sampai-sampai
1. bahkan, hingga(kan), malahan:
~ memulangkan padi dari ladang pun diselenggarakannya dengan baik;
2. hingga sampai:
pada rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya;
menyampai
1. mencukupi, cukup:
jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit;
2. mendatangi (sesuatu tempat):
pulau ini jarang-jarang disampai orang;
menyampaikan
1. membawa dan menyerahkan, mengirimkan (surat, khabar, dan lain-lain), memberikan kepada, mengunjukkan kepada:
ia datang ~ pesan orang itu;
isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kepada pemenang;
2. memberitahukan, melaporkan:
mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kepada kerajaan;
3. melanjuntukan (berita, ajaran, dan lain-lain), memanjangkan (kpada umum):
orang Arablah yang telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kepada orang di Eropah;
4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dan lain-lain), memperkenankan, mengabulkan:
jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik;
5. mencukupkan, menjadikan cukup;
kesampaian
1. ketibaan, tibanya, sampainya:
orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka;
2. tercapai (maksud, cita-cita, dan lain-lain), terlaksana:
janji-janjinya tidak pernah ~;
3. sampai-menyampai;
penyampaian perihal menyampaikan sesuatu:
adakah ~ pelajaran itu dilakukan dengan tulus ikhlas?
penyampai
1. orang yang menyampaikan (surat, khabar, berita, dan lain-lain);
2. (sesuatu) yang menyampaikan:
namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka.