1. benda-benda yang dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dan lain-lain), sarap;
~ sarap bermacam-macam sampah;
2. sesuatu (benda atau orang) yang tidak berharga atau berguna;
~ dunia = ~ masyarakat orang yang hina;
~ itu di tepi juga (peribahasa) orang yang hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang;
~ jangan ditendang sepak (peribahasa) orang yang miskin jangan dihinakan;
seperti ~ hanyut (peribahasa) orang miskin yang hidup melarat;
teralang-alang bagai ~ dalam mata (peribahasa) kemusykilan yang tidak dapat dilahirkan;
menyampah
1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik:
Semah ~ bukan kepalang;
2. seperti sampah (kerana terlalu banyak dan lain-lain);
3. [bahasa percakapan] mengganggu orang (mengacau dan lain-lain);
persampahan tempat membuang (timbunan) sampah.