1. [sastera lama] cerita, karangan, kisah:
ia giat dalam menulis esei-esei dan ~-~ ringan;
~ pengarang = tajuk ~ karangan (terutama dalam surat khabar, majalah, dan lain-lain) yang merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu;
2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dan lain-lain, laporan, minit:
dia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yang lalu;
3. rangka sesuatu yang akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan:
kami membuat ~ kota teladan;
pemerintah telah tahu tentang ~ pemberontakan;
4. acara (pembicaraan), agenda, jadual, program:
perkara ini termasuk dalam ~ yang akan kita rundingkan kemudian;
kami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yang telah diatur terlebih dahulu;
5. buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf, rang:
beri saya ~ surat itu sekarang juga;
6. perkataan (ayat dan lain-lain) yang dibacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yang lain, imlak:
semasa latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar dengan baik dan menulis apa yang sedang guru bacakan;
~ Colombo rancangan bantuan teknik antarabangsa;
~ kerja rancangan pekerjaan yang akan dilaksanakan;
~ lima tahun [Indonesia] rancangan pembangunan yang harus dilaksanakan dalam masa lima tahun;
berencana dengan rencana, berancang;
merencana [sastera lama] bercerita;
merencanakan
1. mengarang (cerita dan lain-lain), menghuraikan, menceritakan:
maka adalah kurencanakan dalamnya dari zaman moyangku sampai ke masa aku;
tidak dapat kurencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dan lain-lain;
tidak semua kejadian yang direncanakan dalam cerita ini sebenarnya berlaku;
2. menyusun laporan (keterangan, minit, dan lain-lain):
hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yang direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dalam laporannya kepada U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur;
3. menyusun atau membuat rancangan (program dan lain-lain), merancang:
ia meminta kepadaku untuk ~ suatu projek perumahan Bupati;
dua jurusan penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir;
4. mengucapkan perkataan (ayat dan lain-lain) supaya ditulis oleh orang lain:
apa yang direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dalam tulisan trengkas;
terencana terancang:
skim ini bertujuan untuk mengendalikan program terjemahan secara ~;
perencanaan perihal merencanakan, perancangan:
pelajaran yang menjadi kegemaranku ialah ~ kota;
namun begitu hasilnya kurang memuaskan dari segi keaktifan dan ~;
perencana
1. [sastera lama] penyusun cerita (kisah, huraian, dan lain-lain);
2. orang dan lain-lain yang merencanakan, perancang.