ramai

1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dan lain-lain):
orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak seperti akan sampai ke langit;

2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dan lain-lain):
maka berperanglah Temenggung Seri Udana dengan Peringgi terlalulah ~;

3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira:
Encik Ramli pun hanya ~ dalam hati sendiri;

4. aktif, giat, sibuk:
sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali;
Singapura ialah bandar perniagaan yang ~;

5. banyak penghuninya (penduduknya):
pada zaman itu negeri Siak ~;

6. banyak (orang), orang banyak, umum:
~ orang berkumpul;
perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~;
di muka ~
di depan orang banyak (umum);
khalayak ~ orang banyak, umum;
kegemaran ~ kesukaan umum;
kemahuan ~ kemahuan umum;
orang ~
a) orang biasa (kebanyakan);
b) orang yang banyak (umum);
suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum;
~ beragam, rimbun menyelara (peribahasa) kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama;

seramai
1. sama banyak (dengan);

2. sebanyak, sejumlah:
penduduk-penduduk yang ~ sejuta orang itu;

beramai-ramai
1. berbuat sesuatu dengan riuh-rendah (hiruk-pikuk):
mereka ketawa ~;
undang-undang tidak dapat digubal dengan bertengkar ~;

2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang):
selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api;
mari kita kerjakan ~;

meramai-ramai anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramainya dibawanya ke hadapan Bendahara;

beramai-ramaian sl
1. dengan ramainya, dengan banyaknya:
sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau;

2. dengan riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya):
terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu;

meramaikan
1. menjadikan ramai, menyebabkan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk):
kereta ini diramaikan dengan bual penumpang-penumpangnya;

2. menjadikan banyak, membanyakkan:
~ kaum keluarga;

3. menjadikan gembira, memeriahkan:
ia mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya yang datang ~ majlis hari jadinya;

memperamai, memperamaikan menyerang beramai-ramai, membanyaki:
malangnya tok guru diperamaikan dan mati ditikam;
ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi;

keramaian
1. perihal ramai (riuh-rendah dan lain-lain):
melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas;
ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan;

2. perayaan, pesta:
~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar;
satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan.

berkongsi