1. orang yang mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yang diwarisi):
~ Inggeris pada masa ini ialah seorang wanita;
2. kepala negeri, sultan:
di Malaysia Barat lapan daripada raja-rajanya bergelar sultan;
3. kepala suku (daerah):
di Nusa Tenggara masih banyak ~;
4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan);
5. [arkaik] [bahasa percakapan] orang yang berkuasa, ketua, pemerintah:
kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka;
di dalam kapalnya dialah ~, memerintah dari haluan ke buritan;
kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yang termakan budi kita;
6. orang yang besar kuasanya (pengaruhnya dan lain-lain) dalam sesuatu lingkungan (seperti dalam lingkungan perusahaan, kewangan, dan lain-lain);
~ minyak orang yang berkuasa (berpengaruh) dalam perusahaan minyak;
~ getah orang yang berkuasa (berpengaruh) dalam perusahaan getah;
7. binatang (jin dan lain-lain) yang menguasai binatang (jin dan lain-lain);
~ jin;
~ laut;
~ rimba;
~ binatang singa;
8. nama buah catur yang terpenting;
9. nama kad (terup) besar yang bergambar raja;
~ agas gelaran seseorang yang berbadan kecil tetapi berani;
~ badar sejenis kain putih;
~ berpelembagaan raja yang pemerintahannya tertakluk pada peruntukan perlembagaan negara;
~ besar raja yang berkuasa (berpemerintahan) besar;
~ bola pemain bola yang pandai;
~ cacing orang yang sangat kurus;
~ jenang (jejenang) orang yang mengatur dalam penyabungan ayam;
~ kecil putera raja;
~ kecil besar putera mahkota;
~ kecil muda putera raja yang bongsu;
~ laut laksamana;
~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yang memerintah (tanah jajahan dan lain-lain);
~ penomah pemberian kepada bakal mentua;
~ permaisuri gelaran isteri raja yang memerintah sesebuah negeri (negara);
~ Permaisuri Agong gelaran untuk permaisuri Yang di-Pertuan Agong;
~ putih penyakit keputihan;
~ sehari (sari) pengantin;
~ singa penyakit perempuan, sifilis;
~ wang orang yang sangat kaya;
(si) ~ diraja usungan jenazah raja;
~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah (peribahasa) raja yang adil disayangi, dan raja yang zalim dibenci;
siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga (peribahasa) siapa pun yang menjadi raja, dihormati juga;
seperti ~ dengan menteri (peribahasa) bersetuju dalam segenap hal;
tak ada (tiada) ~ menolak sembah (peribahasa) tidak ada orang yang tidak suka dihormati;
beraja
1. berlaku sebagai raja, menjadi raja;
~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata (peribahasa) mengikut nafsu masing-masing;
2. ada rajanya, mempunyai raja:
adat negeri itu tiada ~, batin sahaja penghulunya;
baiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~;
~ kepada mengabdikan (menghambakan) diri kepada;
beraja-raja [sastera lama] bercampur (bergaul) dengan raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dalam istana):
baiklah anakku, supaya engkau tahu ~;
berajakan mengabdikan diri kepada, beraja kepada:
segala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau;
meraja
1. seperti raja, berbuat (berlaku, berlagak) seperti raja;
2. [kiasan] merajalela:
penyeksaan telah ~ di kampung itu;
merajai
1. menjadi raja di (atas), memerintah:
Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak;
2. [kiasan] menguasai, mempengaruhi:
hati akan ~ seluruh jiwa;
ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan;
apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka;
~ diri menguasai diri;
merajakan
1. menjadikan raja, menobat jadi raja:
maka anakanda baginda yang tua itulah dirajakan menggantikan ayahanda baginda;
2. menganggap atau memandang sebagai raja:
~ pangkat;
kerajaan
1. negeri atau negara yang dikepalai oleh raja :
~ Malaysia;
~ Arab Saudi;
2. pemerintahan, negara:
~ Indonesia berparlimen;
3. martabat (kedudukan) raja:
setelah nenda hilang, ayahanda Badanul menggantikan nenda di atas ~;
4. tanda-tanda alat kebesaran raja:
pakaian ~;
payung ~;
takhta ~;
5. sifat sebagai raja:
jika tiada diketahuinya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya;
6. [sastera lama] naik takhta, menjadi raja:
jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini;
~ buangan pemerintahan yang dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dan lain-lain);
~ campuran pemerintahan yang anggota-anggota kabinetnya terdiri daripada berbagai-bagai golongan parti politik;
~ negeri pemerintahan negeri yang menjadi sebahagian daripada kerajaan kebangsaan atau pusat;
~ pusat pemerintahan yang bersifat kebangsaan (tidak dari negeri bahagian);
~ sementara kerajaan yang dibentuk untuk memerintah atau mentadbir negara sehingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yang sempurna menurut perlembagaan dan sebagainya;
~ sendiri pemerintahan yang setengah merdeka (pemerintahan yang mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh);
~ tempatan (Undang-undang) sistem kerajaan yang meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pada pihak berkuasa setempat, misalnya majlis perbandaran dan majlis daerah;
berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kerajaannya:
perubahan-perubahan yang patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri.