1. benda yang tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja):
ia cuba mencungkil ~ yang tersurat di hati Noor;
membuka (memecahkan, membongkar) ~ menceritakan sesuatu rahsia;
memegang (menyimpan) ~ tetap tidak mahu menceritakan sesuatu rahsia;
2. sesuatu (benda, akal, dan lain-lain) yang sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya:
kalau tidak mengetahui ~ musuh, bagaimana hendak mengalahkannya;
dalam kitab ini diterangkan segala ~ untuk mencapai keredaan Allah;
pintu ~;
surat ~ surat yang isinya khusus untuk orang yang tertentu sahaja;
3. secara tidak disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit:
perempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland;
(per)hubungan ~ (per)hubungan yang senyap-senyap (diam-diam) dengan tidak diketahui orang;
~ alam bahagian (keadaan dan lain-lain) alam yang belum diketahui orang;
~ jabatan [Indonesia] rahsia berkenaan urusan pejabat;
berahsia
1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia;
bilik ~ bilik yang ada rahsianya;
2. menyembunyikan sesuatu daripada:
tidak perlu ~ lagi dengan aku;
3. memberitahukan sesuatu rahsia kepada:
ia telah berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang;
berahsia-rahsia menyembunyikan sesuatu dengan sungguh-sungguh supaya tidak diketahui oleh orang lain:
beliau lebih suka bersendiri, lebih banyak ~ dalam tindakannya;
aku tidak suka ~ dan mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan jiran terdekat aku;
merahsiakan tidak memperlihatkan (memberitahukan), menyimpan sebagai rahsia:
kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kepada saya?
kerahsiaan perihal rahsia:
Mubarak datang dengan penuh keghaiban dan ~;
perahsiaan perbuatan merahsiakan sesuatu;
perahsia suka berahsia:
anak muda itu pendiam dan ~.
Rahu raksasa (kononnya ada kepalanya sahaja) yang menelan bulan atau matahari dan menyebabkan gerhana.