1. sesuatu yang harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dan lain-lain), fasal, hal:
sebagai pengurus syarikat banyak ~ yang harus diselesaikannya;
Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yang pendek-pendek;
~ belakang urusan yang boleh diselesaikan kemudian;
~ besar hal yang penting;
~ kecil hal yang tidak penting (tidak sukar);
habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yang hendak diuruskan lagi);
2. kejadian, peristiwa:
wartawan yang memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar;
3. hal yang menghendaki keputusan, mahkamah, dan lain-lain (perbuatan jenayah, perselisihan, dan lain-lain), kes, sengketa:
beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu;
masih dalam ~ sedang dibicarakan (oleh mahkamah);
4. [bahasa percakapan] berkenaan dengan, mengenai, tentang hal:
lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yang belum selesai itu;
5. [bahasa percakapan] disebabkan oleh, kerana:
~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh;
seperkara;
~ lagi (pula) satu hal lagi, tambahan lagi:
ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman;
berperkara
1. mempunyai perkara (urusan);
2. sedang dibicarakan (diadili);
memperkarai [arkaik] menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah;
memperkarakan
1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili:
kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan;
2. menjadikan perselisihan (pertengkaran, pergaduhan), mempertengkarkan, mendebatkan:
tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja.
Perkara II (Undang-undang)
1. sebutan tentang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan:
~ 152 Perlembagaan Persekutuan;
2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dalam dokumen tertentu, misalnya Memorandum Persefahaman.